Translate

20 March 2025

Wanita Muat Naik Video Ibu Zayn Rayyan Berjalan Bersama Dua Anaknya - Polis Rakam Keterangan

 












Polis rakam keterangan wanita muat naik video Ibu Zayn Rayyan



BULETIN TV3

19 Mac 2025



PETALING JAYA: Polis sudah merakam keterangan wanita yang memuat naik video memaparkan ibu kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, berjalan sambil memegang tangan dua anaknya di kawasan parkir motosikal Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, berkata keterangan individu itu diambil pada 12 Mac lalu selepas wanita berkenaan membuat laporan di Alor Gajah, Melaka.

Menurutnya, perakam video juga sudah dikenal pasti dan diambil keterangan, selain laporan polis turut dibuat.

“Setakat ini, seramai lima saksi sudah dirakam keterangan, termasuk ibu Allahyarham Zayn Rayyan, wanita yang memuat naik video itu, perakam video, serta suami perakam video.

“Selain itu, rakan perakam video yang berkongsi rakaman kepada wanita berkenaan juga sudah diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Beliau berkata, pemilik akaun TikTok memuat naik dan berkongsi video itu sebagai sebahagian daripada gerakan Justice4ZaynRayyan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis masih mengesan wanita yang memuat naik video berkenaan.

Terdahulu, ibu Allahyarham Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf, 30, membuat laporan polis berhubung video yang tular itu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan d' 30 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 35 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 56 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Plano viewed 'Malaysia ranked among world’s 10 best retirement d' 1 hr 31 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Malaysia ranked among world’s 10 best retirement d' 1 hr 42 mins ago