Translate

13 March 2025

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi



USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi

Bernama

13/03/2025


Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya. - Gambar fail/Reuters/Hasnoor Hussain


PUTRAJAYA: Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited yang dimiliki ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho.

Rajagopal, yang juga bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, berkata beliau membuat penemuan itu semasa menyiasat skandal 1MDB.

"Tiada arahan daripada Lembaga Pengarah (1MDB) agar USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun syarikat Good Star.

"Siasatan saya mendapati pindahan wang itu adalah bertentangan dengan keputusan Lembaga Pengarah," katanya.

Saksi ke-11 pembelaan itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan bekas Perdana Menteri itu berhubung kes penyelewengan dana 1MDB sebanyak RM2.3 bilion.

Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan bahawa bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee, yang masih bebas, didakwa mengalihkan dana syarikat itu sebanyak USD1 bilion kepada pihak ketiga.

Sebelum ini, mahkamah dimaklumkan bahawa bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB Casey Tang Keng Chee, yang masih bebas, didakwa mengalihkan dana syarikat itu sebanyak USD1 bilion kepada pihak ketiga.

Dana itu sebenarnya adalah untuk didepositkan ke dalam akaun usaha sama 1MDB-PSI.

Bagaimanapun, hanya USD300 juta dipindahkan bagi tujuan tersebut manakala bakinya iaitu USD700 juta dialihkan kepada syarikat Good Star Limited.

Pada 30 Okt tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah memerintahkan Najib membela diri selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Najib, 71, berdepan 25 pertuduhan termasuk empat iaitu menyalahgunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan rasuah sebanyak RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Perbicaraan bersambung 24 Mac depan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 40 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 12 mins ago