Translate

14 March 2025

Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta



Terperdaya dengan pelaburan saham tidak wujud: Pesara rugi RM2.3 juta

Bernama

14/03/2025


M. Kumar berkata warga emas itu menerima tawaran berkenaan daripada individu yang tidak dikenali melalui pesanan di aplikasi WhatsApp. - Gambar hiasan/Unsplash/Clint Patterson


JOHOR BAHRU: Seorang pesara terpaksa berputih mata setelah mengalami kerugian RM2.3 juta apabila terpedaya dengan pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan.

Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata polis menerima laporan berkenaan kes penipuan itu daripada seorang lelaki berumur 62 tahun semalam, yang terpengaruh dengan tawaran oleh satu skim pelaburan.

Beliau berkata warga emas itu menerima tawaran berkenaan daripada individu yang tidak dikenali melalui pesanan di aplikasi WhatsApp, sebelum dia dimasukkan ke dalam satu kumpulan 'chat', dan diberikan pautan laman sesawang untuk melihat keuntungan serta pengendalian pelaburan.

"Lelaki itu tertarik dengan pelaburan berkenaan setelah dijanjikan keuntungan hingga USD8 juta (kira-kira RM35 juta) dan seterusnya melakukan empat kali transaksi pindahan berjumlah RM2.336 juta ke dalam empat akaun bank tempatan sekitar 27 Nov hingga 4 Mac lepas.

"Warga emas itu sedar ditipu apabila keuntungan yang dikatakan diperolehi gagal dikeluarkan, dan didesak oleh suspek untuk membuat pembayaran lagi bagi tujuan pengeluaran tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

M Kumar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'DAP staunch ally but never 'yes-man' party, Guan E' 2 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed '‘Your tim' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Your tim' 17 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 44 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 55 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rangkuman Program-program Anwar Sekitar Semalam | ' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago