Translate

12 March 2025

SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal tangki



SPRM tahan pengarah syarikat disyaki terbabit pengubahan wang haram jual beli kapal tangki

Bernama

12/03/2025


Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor. - Foto ihsan SPRM


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat bergelar "Datuk" selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram hasil daripada urusan jual beli sebuah kapal tangki.

Menurut sumber, lelaki berusia 50-an itu ditahan kira-kira 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

"Lelaki terbabit dipercayai menerima, memindah serta menggunakan hasil haram melibatkan urusan jual beli sebuah kapal tangki menerusi perjanjian jual beli yang ditandatangani dengan sebuah syarikat lain sekitar November 2021.

"Suspek dipercayai terbabit kegiatan pengubahan wang haram berkenaan antara 2021 hingga 2022," katanya.

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Norhaizam Muhammad mengesahkan tangkapan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

Menurut sumber, Majistret Noorfazlin Hamdan membenarkan lelaki terbabit direman empat hari hingga 15 Mac ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pagi tadi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 18 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 42 secs ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musn' 9 mins ago
A visitor from Cainta viewed 'Updates from The Hague hours before Duterte faces ' 10 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – ' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 1 hr 23 mins ago