Translate

14 March 2025

Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan



Salah identiti: Mahkamah benar wang jaminan RM1 juta dikembalikan kepada ahli perniagaan

Bernama

14/03/2025


Pada 12 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Aldrin bukan Datuk Paiman Shakiman iaitu individu yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen. - Gambar fail/Bernama


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan seorang ahli perniagaan warga Indonesia agar wang RM1 juta yang dibayar sebagai jaminan dikembalikan kepadanya.

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Aldrin Pratama Widjaja untuk mengembalikan wang jaminan RM1 juta dan pasportnya, serta membatalkan syarat tambahan jaminan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Aldrin bukan Datuk Paiman Shakiman, individu yang dijatuhi hukuman penjara 13 tahun bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen.

Pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung identiti Aldrin, dengan notis rayuan diserahkan pada 20 Februari.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali turut membenarkan permohonan Aldrin Pratama Widjaja agar pasportnya dikembalikan manakala syarat tambahan jaminan yang memerlukan beliau melaporkan diri setiap bulan di Balai Polis Cyberjaya dibatalkan.

Aldrin membuat permohonan itu dibuat melalui peguamnya Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mewakili pendakwaan, juga tidak mengemukakan bantahan terhadap permohonan itu.

Turut bersidang Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Sebelum ini, Aldrin dibebaskan dengan jaminan RM1 juta dengan dua penjamin selepas Mahkamah Rayuan pada 2022 membenarkan permohonan ahli perniagaan itu untuk menangguhkan waran pemenjaraan yang dikeluarkan terhadapnya.

Pada 12 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Aldrin bukan Datuk Paiman Shakiman iaitu individu yang telah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun bagi kesalahan menipu dan memalsukan dokumen.

Mahkamah Tinggi telah menjalankan prosiding inkuiri bagi menentukan identiti Aldrin.

Paiman, yang juga ahli perniagaan, telah dijatuhi hukuman penjara itu oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah menipu serta memalsukan dokumen membabitkan RM12 juta milik dua individu bergelar Datuk dalam kes penipuan pelaburan antara 2005 dan 2006.

Paiman kemudian mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman itu di Mahkamah Tinggi namun telah melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan RM750,000 yang menyebabkan waran tangkap serta waran pemenjaraan dikeluarkan terhadapnya.

Pada 2021, polis telah menahan Aldrin dan mendakwa beliau adalah Paiman. Semakan cap jari menggunakan sistem biometrik Jabatan Pendaftaran Negara juga menunjukkan bahawa beliau adalah Paiman.

Pada 2 Dis 2021, Mahkamah Tinggi telah memerintahkan Aldrin menjalani hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dan ini menyebabkan ahli perniagaan itu mengemukan rayuan bagi mencabar keputusan tersebut.

Pada 2023, Mahkamah Rayuan memerintahkan Mahkamah Tinggi menjalankan inkuiri bagi mengenal pasti identiti Aldrin.

Sementara itu, Mohd Ashrof mengesahkan kepada Bernama bahawa pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung identiti ahli perniagaan tersebut.

Beliau berkata notis rayuan telah diserahkan pada 20 Feb lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 36 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rangkuman Program-program Anwar Sekitar Semalam | ' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JAKIM Panggil Produksi Drama Bidaah | BEST FBKL' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Rostov-on-don viewed 'Video Viral - Polis kejar Proton Satria di Bangi |' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Oslo viewed '‘Your tim' 1 hr 22 mins ago