Translate

13 March 2025

Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain



Ringgit tinggi meskipun DXY meningkat, naik berbanding mata wang lain

Bernama

13/03/2025


Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa awal dagangan pada Khamis, disokong sentimen belian yang lebih baik terhadap mata wang domestik walaupun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat.

Pada 8.02 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4150/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4260/4300 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, DXY meningkat kepada 103.584 namun masih agak rendah.

"Oleh itu, kemungkinan berlaku kesan limpahan positif kepada mata wang pasaran sedang pesat membangun termasuk ringgit, yang dijangka berlegar sekitar RM4.41 hingga RM4.42 hari ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, unjuran itu disokong oleh data ekonomi terkini, terutama Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang lebih rendah berbanding jangkaan, iaitu pada 2.8 peratus bagi Februari berbanding anggaran konsensus 2.9 peratus.

IHP teras juga meningkat 3.1 peratus namun sedikit rendah berbanding unjuran pasaran pada 3.2 peratus.

"Data inflasi terkini itu memberikan harapan yang Rizab Persekutuan AS mungkin lebih cenderung untuk melonggarkan dasar monetari bagi menstabilkan ekonomi.

"Bagaimanapun, perang tarif perdagangan yang berterusan dijangka meningkatkan kos perniagaan. Sentimen pengguna dan perniagaan yang lemah juga boleh menjejaskan perbelanjaan, yang berpotensi melembapkan pertumbuhan," katanya.

Mohd Afzanizam berkata, tumpuan kini beralih kepada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan pada 18 hingga 19 Mac.

"Pasaran akan meneliti plot titik (data) dan unjuran Kadar Dana Rizab Persekutuan AS untuk menilai sama ada pergerakan itu sejajar dengan jangkaan pengurangan kadar sebanyak tiga atau empat kali tahun ini.

"Oleh itu, sentimen waspada mungkin mempengaruhi pasaran mata wang," katanya.

Ringgit didagangkan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Mata wang tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.9767/9875 daripada 2.9775/9804 ketika ditutup pada Rabu, dan naik berbanding pound British kepada 5.7236/7437 daripada 5.7255/7306.

Ringgit turut lebih stabil berbanding euro kepada 4.8057/8226 daripada 4.8301/8345.

Ringgit juga diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3138/3257 daripada 3.3181/3213 ketika ditutup semalam, dan lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 268.3/269.4 daripada 269.0/269.3.

Ringgit naik berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.73 daripada 7.71/7.73 namun, susut berbanding baht Thailand kepada 13.0695/1235 daripada 13.0688/0868 sebelum ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 7 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 8 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 40 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 49 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 12 mins ago