Translate

20 March 2025

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS susulan isyarat Fed untuk turunkan kadar faedah



Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS susulan isyarat Fed untuk turunkan kadar faedah

Bernama

20/03/2025


Mata wang tempatan menokok 0.33 peratus kepada RM4.4215/4270 daripada 4.4330/4400 semasa ditutup pada Rabu. - Gambar hiasan/Astro AWANI


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah penanda arasnya namun memberikan isyarat bahawa penurunan kadar faedah kekal dalam perancangan.

Mata wang tempatan menokok 0.33 peratus kepada RM4.4215/4270 daripada 4.4330/4400 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Fed kekal tidak terkesan dengan prospek kadar faedah walaupun mengalami ketidaktentuan dasar yang meningkat terutamanya mengenai kesan tarif import.

"Unjuran makroekonomi terkini oleh Fed mengesahkan prospeknya mengenai dua penurunan kadar pada 2025, 2026 dan 2027, yang konsisten dengan unjuran Disember. Ini mengukuhkan lagi kejelasan mengenai hala tuju dasar monetari, tanpa sebarang perubahan daripada rancangan yang ditetapkan," katanya kepada Bernama.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata keputusan Fed untuk mengurangkan had penebusan bulanan bon Perbendaharaan AS kepada US$5 bilion daripada US$25 bilion menandakan hasrat untuk mengurangkan kadar tidak lama lagi memandangkan langkah itu bertujuan memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan bahawa sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati memandangkan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah dan pertikaian tarif yang berterusan, dengan kedua-dua aspek ini tidak memperlihatkan isyarat untuk reda.

Ringgit diniagakan kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.7973/8033 daripada 4.8324/8400 semasa ditutup pada Rabu,menokok berbanding pound Britain kepada 5.7276/7347 daripada 5.7496/7587tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 2.9728/9767 daripada 2.9595/9643.

Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.3117/3164 daripada 3.3251/3306 semasa ditutup pada Rabu, menokok berbanding baht Thailand kepada 13.1163/1388 daripada 13.1778/2056 dannaik berbanding peso Filipina kepada 7.72/7.74 daripada 7.74/7.75 sebelumnya.

Bagaimanapun, mata wang tempatan mencatat sedikit perubahan berbanding rupiah Indonesia kepada 268.1/268.6 daripada 268.1/268.7.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Washington viewed 'Kabir Khan the newly appointed Tourism Malaysia am' 16 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PPR resident injured by bicycle thrown from 12th f' 50 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 53 mins ago
A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 9 mins ago