Translate

12 March 2025

Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN



Polis terima 894 laporan terhadap Zamri Vinoth - KPN

Bernama

12/03/2025


Razarudin berkata pihaknya telah merakam keterangan Muhammad Zamri (gambar) dan kertas siasatan masih dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC). - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi pendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu, baru-baru ini.

PDRM menerima 894 laporan berhubung kenyataan kontroversi Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang didakwa menghina agama Hindu, dan siasatan masih dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).

Setakat Mac tahun ini, PDRM telah membuka 31 kertas siasatan mengenai isu berkaitan agama, raja, dan kaum (3R), namun belum ada pertuduhan yang diputuskan oleh AGC.

Ketua Polis Negara menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan isu 3R yang boleh menggugat keamanan negara dan menekankan pentingnya bersikap matang serta menapis maklumat sebelum berkongsi di media sosial.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya telah merakam keterangan Muhammad Zamri dan kertas siasatan masih dalam kajian Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Setakat ini, belum ada arahan lanjut daripada pihak AGC berhubung kes ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengulas mengenai kes membabitkan tiga pengacara radio Era FM yang seolah-olah mempersenda upacara agama lain, Razarudin berkata pihaknya belum menerima sebarang arahan lanjut daripada AGC.

Razaruddin berkata setakat Mac tahun ini, pihak PDRM telah membuka 31 kertas siasatan mengenai isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R).

"Terdapat 17 kes berkaitan institusi diraja, dua kes perkauman dan 12 kes agama menjadikan kesemuanya 31 kes dan setakat ini, masih belum ada pertuduhan yang diputuskan oleh AGC," katanya.

Selain itu, Razarudin menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan isu berkaitan 3R yang boleh menggugat keamanan negara, ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik dan ekonomi serta keharmonian antara kaum di negara ini.

Beliau berkata isu 3R merupakan strategi perang baharu yang boleh memusnahkan negara dengan hanya melalui hujung jari.

"Orang ramai perlu bersikap lebih matang, tidak terlalu ikut emosi serta perlu menapis semua maklumat, berita atau video yang dikongsi di media sosial dan jangan mudah terpengaruh dengan maklumat yang belum sahih.

"Elakkan penulisan status, komen, ciapan, siaran gambar, poster atau video yang dibuat tanpa memahami faktor sosial budaya dan sensitiviti kaum sehingga mengakibatkan timbulnya rasa tidak senang, terhina atau tersinggung," katanya.

Beliau berkata konsep 3R iaitu research (penyelidikan), responsibility (bertanggungjawab) dan report (lapor) wajar menjadi teras dan perlu sentiasa dibudayakan sebelum berkongsi sebarang maklumat di media sosial, selain saling menghormati dan sayangkan keamanan.

Tambah beliau orang ramai juga diminta jangan mudah terpengaruh dengan agenda pihak tertentu yang mempunyai kepentingan peribadi.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 16 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 22 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 54 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 26 mins ago