Translate

14 March 2025

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas



Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas

Bernama

14/03/2025


Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton S70 yang dipandu lelaki berusia 51 tahun tiba-tiba mengubah laluan dari laluan kiri bulatan membelok masuk ke kanan. - Gambar IPD Alor Gajah


ALOR GAJAH: Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam di Bulatan Seri Bayan, Durian Tunggal, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supt Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.45 malam ketika Sarjan Mohd Tarmizi Manap, 50, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam.

"Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta jenis Proton S70 yang dipandu lelaki berusia 51 tahun tiba-tiba mengubah laluan dari laluan kiri bulatan membelok masuk ke kanan.

"Kenderaan itu kemudian terlanggar motosikal ditunggangi mangsa menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mohd Tarmizi yang mengalami luka pada tangan dan kaki dihantar ke Hospital Melaka manakala dua pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan berkenaan katanya sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'NASA's SpaceX Crew-10 headed for the ISS | BEST FB' 57 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Langgar Lari Dipercayai Punca Pekerja Asing Merusu' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Miami viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Khidmat Reezal Merican sebagai Pengerusi MATRADE d' 1 hr 12 mins ago