Translate

20 March 2025

Polis nafi kawasan hutan, ladang nanas yang terbakar di Pekan adalah 'port' penagih



Polis nafi kawasan hutan, ladang nanas yang terbakar di Pekan adalah 'port' penagih

Bernama

20/03/2025


Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman bercakap ketika sidang media ringkas pada Program “High Profile Policing” di Bazar Ramadan Tanjung Lumpur di sini pada Rabu. - Foto Bernama


KUANTAN: Polis menafikan kebakaran hutan dan ladang nanas berhampiran Kampung Cenderawasih, Pekan seluas 113 hektar sejak 7 Mac lepas berpunca daripada aktiviti haram seperti perbuatan penagih dadah yang menjadikan kawasan hutan berhampiran sebagai tempat melepaskan gian atau 'port' dadah.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan, namun siasatan awal mendapati kebakaran di tanah milik persendiran dan kerajaan itu berpunca daripada pembakaran terbuka.

Beliau berkata berdasarkan pemeriksaan polis, tidak ada sarang dadah di kawasan berkenaan, dan ia merupakan kawasan terbuka.

".. dan tak mungkin penagih akan membakar tempat mereka sendiri... maklumat tepat kita belum dapat, masih dalam siasatan," katanya kepada media selepas Program 'High Profile Policing' dan meninjau bazar Ramadan di Tanjung Lumpur di sini, petang semalam.

Sementara itu Yahaya menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka terutamanya di kawasan tanah gambut yang apinya mudah merebak dan sukar untuk dipadamkan sepanjang musim panas dan kering ketika ini.

Sebelum ini ada pihak mendakwa kebakaran itu bermula di satu kawasan hutan yang sering menjadi tempat berkumpul individu dipercayai penagih dadah.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan d' 17 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 21 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 42 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 58 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Plano viewed 'Malaysia ranked among world’s 10 best retirement d' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Malaysia ranked among world’s 10 best retirement d' 1 hr 29 mins ago