Translate

15 March 2025

Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar



Perang dagangan, tarif, sekatan jadi senjata dominasi global - PM Anwar

Bernama

15/03/2025


ANWAR: Berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, kita juga harus sedar cabaran yang semakin meningkat yang dihadapi negara-negara di seluruh Global South. - Gambar fail/BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perang perdagangan, tarif dan sekatan telah berubah daripada sebagai alatan ekonomi kepada senjata dalam perjuangan yang lebih luas untuk mendominasi, memupuk sentimen curiga dan tidak percaya yang menjejaskan asas kerjasama antarabangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata negara-negara yang selama ini melihat negara lain sebagai rakan atau pesaing dalam pasaran global pada masa ini hanya menyaksikan mereka sebagai lawan atau proksi dalam persaingan pengaruh dan dominasi global.

Ketika persaingan antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengganggu ekonomi, teknologi, dan perikatan di seluruh dunia, negara-negara kecil dan sederhana seringkali terpaksa memilih sesuatu pihak atau berisiko menjadi alat dalam permainan geopolitik yang lebih besar, kata beliau.

"Berikutan Order Baru Dunia yang sedang terbentuk, kita juga harus sedar cabaran yang semakin meningkat yang dihadapi negara-negara di seluruh Global South.

"Banyak mekanisme yang pernah mendorong perkembangan mereka semakin lemah manakala konsep bantuan pembangunan semakin mendapat perhatian yang tinggi daripada beberapa negara paling berkuasa di dunia.

"Kebergantungan ekonomi, yang suatu ketika dahulu menjadi asas kemakmuran global, kini telah menjadi sumber ketegangan.

"Sekiranya trend ini berterusan, kesalinghubungan ini akhirnya menjadi rentan, malah kepada negara yang telah lama berkembang maju menerusi globalisasi," kata Anwar dalam komentar bertajuk "The Global South Path's to Economic Resilience" yang diterbitkan di laman web Project Syndicate semalam.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Wanita Indonesia mati tertembak lebih 100 peluru d' 27 mins ago
A visitor from Klang viewed 'Fahmi umum bertanding Naib Presiden PKR | BEST FBK' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 53 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Setuju had jawatan PM kepada 10 tahun, kalau 22 ta' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 43 mins ago