Translate

14 March 2025

Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs



Penjawat awam wanita disaran ambil SKSSR - Presiden Cuepacs

Bernama

14/03/2025


Adnan berkata Cuepacs berusaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dengan memberikan penerangan tentang Pensijilan Skim Kemahiran Malaysia yang dapat membantu meningkatkan kepakaran. - Gambar fail/BERNAMA


KUCHING: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Dr Adnan Mat menggesa penjawat awam wanita mengambil langkah proaktif dengan menyertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi melindungi diri selepas waktu bekerja.

Beliau berkata walaupun penjawat awam wanita menerima gaji dan bekerja sepanjang hari, mereka juga memainkan peranan penting sebagai suri rumah apabila pulang ke rumah.

"Oleh itu, SKSSR bertujuan memberikan perlindungan kepada mereka dalam kehidupan seharian di rumah kerana risiko keselamatan di rumah tidak sama dengan keadaan di tempat kerja.

"Risiko di tempat kerja boleh dikawal tetapi di rumah tiada jaminan keselamatan yang sama. Dengan SKSSR, mereka boleh mendapat perlindungan dengan kos yang rendah dan saya menyeru penjawat awam wanita memanfaatkan skim ini demi masa depan lebih terjamin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Adnan berkata Cuepacs berusaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dengan memberikan penerangan tentang Pensijilan Skim Kemahiran Malaysia yang dapat membantu meningkatkan kepakaran.

"Usaha ini penting bagi memastikan penjawat awam dapat meningkatkan kemahiran mereka selaras dengan kenaikan gaji seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu penjawat awam perlu memberi pulangan yang setimpal dengan kenaikan gaji mereka," katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa penjawat awam komited menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan terus meningkatkan kemahiran demi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat dan negara berjalan lancar, selaras dengan kenaikan gaji yang diterima.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 19 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 28 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 46 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 1 hr 51 mins ago
A visitor from Bandar puncak alam viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 6 hrs 2 mins ago