Translate

14 March 2025

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu



Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu

Bernama

14/03/2025


Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri sebulan sekali di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya. - Gambar hiasan


SHAH ALAM: Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.

V. P. Rajeswary, 44, pengarah urusan R Global Pro Solution (M) Sdn Bhd (RGPS) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan secara berasingan.

Dia didakwa menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu resit rasmi Jabatan Imigresen Malaysia untuk tiga tarikh berbeza iaitu 3,11 dan 13 Julai 2023 di pejabat syarikat itu di Semenyih pada 27 Julai 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Mohd Hanafi Firdhaus Abd Latif dalam prosiding hari ini memohon mahkamah mengenakan jaminan iaitu RM20,000 sama seperti ditetapkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini.

Beliau turut memohon supaya kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memandangkan Rajeswary mempunyai dua lagi kes di mahkamah itu dan peguam mewakili tertuduh C. Paul tidak membantah permohonan berkenaan.

Mahkamah kemudian membenarkan kesemua permohonan itu dan menetapkan sebutan semula kes pada 16 April di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pada 10 Mac, Rajeswary mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan pembekalan kuota pekerja asing di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di pejabat syarikat HR Assistant Solution Sdn Bhd (HRAS) di Jalan Desa Bahagian, Kuala Lumpur. Kedua-dua kesalahan itu masing-masing dilakukan pada 27 Mei dan 6 Julai.

Dalam pertuduhan pertama, Rajeswary didakwa menggunakan Slip Kelulusan Kuota Kementerian Sumber Manusia bertarikh 3 Mei 2023 yang diketahuinya sebagai dokumen palsu. Bagi pertuduhan kedua dia didakwa menggunakan Resit Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia palsu.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain perlu melaporkan diri sebulan sekali di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ashburn viewed 'Aminuddin to defend PKR Vice-Presidency | BEST FBK' 17 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 23 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Dua Lelaki Mati Ditetak | BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 54 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Pelakon Watak 'Faridah' Keluarga 69 Meninggal Duni' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 1 hr 21 mins ago
A visitor from Dublin viewed 'BEST FBKL' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Keluar Dari SPRM Selepas Hampir Tujuh' 2 hrs 26 mins ago