Translate

13 March 2025

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin



Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin

Bernama

13/03/2025


Saifuddin Nasution menunjukkan barangan rampasan susulan penahanan satu sindiket dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara dalam ‘Ops Tumpang', ketika sidang media hari ini. - Foto Bernama


PUTRAJAYA: Seorang lelaki berusia 31 tahun berstatus pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.

Seorang lelaki berusia 31 tahun dipenjara kerana menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara, terbongkar hasil siasatan JPN.

Dalam serbuan di Pandan Indah Ampang, JPN merampas set lengkap peralatan mencetak MyKad palsu, termasuk komputer riba, pencetak, dan enam MyKad.

Lelaki tersebut didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan serta denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kegiatan itu terbongkar hasil siasatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap kerugian berjumlah RM14,000 yang dialami seorang lelaki akibat MyKad miliknya disalah guna.

Beliau berkata dalam kes itu, pihak berkuasa menemukan kad pengenalan palsu yang kemudian membawa kepada serbuan sepasukan anggota JPN di sebuah kediaman di Pandan Indah Ampang, Selangor.

"Dalam serbuan itu, JPN merampas set lengkap peralatan mencetak MyKad palsu, termasuk komputer riba, pencetak, mesin laminasi, cakera keras serta enam MyKad.

"Semakan mendapati dua daripada MyKad itu milik individu lain manakala empat lagi disahkan palsu," katanya pada sidang media khas di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata lelaki itu dipercayai menjalankan kegiatan berkenaan secara bersendirian namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan wujud rangkaian lebih besar.

Beliau berkata kad pengenalan palsu dipercayai dijual kepada warga tempatan dan asing pada harga RM4,000 hingga RM5,000 sekeping.

Saifuddin Nasution memaklumkan lelaki berkenaan sudah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 11 Mac lepas, mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan dan denda RM3,000 terhadap lelaki berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 16 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – ' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 1 hr ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'NASA's SpaceX Crew-10 headed for the ISS | BEST FB' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Langgar Lari Dipercayai Punca Pekerja Asing Merusu' 1 hr 22 mins ago