Translate

14 March 2025

Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah



Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mampu perkasa atlet muda - Hannah

Bernama

14/03/2025


Chong Wei diharap mampu menggalas peranan dalam BAM bagi membantu memperkukuh ekosistem sukan negara sekali gus memberi impak besar kepada pembangunan atlet muda. - Gambar fail


PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh percaya pelantikan legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor mampu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melahirkan lebih ramai bintang muda.

Beliau turut berharap suatu hari nanti Chong Wei mampu menggalas peranan dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi membantu memperkukuh ekosistem sukan negara sekali gus memberi impak besar kepada pembangunan atlet muda.

"Saya percaya beliau mempunyai banyak pengalaman yang boleh dimanfaatkan untuk membangunkan atlet muda kita. Bukan sahaja dalam BAM, tetapi juga seperti dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kita dapat lihat semakin ramai bekas atlet menyertai persatuan sukan.

"Itulah yang kita harapkan iaitu bekas atlet memainkan peranan penting dalam ekosistem persatuan sukan kerana mereka memahami hasrat pemain dan keperluan atlet," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Pajakan Kecil dan Perjanjian Pengurusan Perbadanan Padang Golf Subang (PPGS) dan Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di sini hari ini.

Sebelum ini, beberapa media tempatan melaporkan Pemangku Sultan Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan pelantikan pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu sebagai duta sukan Johor.

Mengenai Majlis Menandatangani Perjanjian antara PPGS dan KGNS, Hannah berbesar hati apabila kawasan berkenaan kekal sebagai pusat sukan dan rekreasi untuk manfaat rakyat sepanjang tempoh perjanjian 30 tahun yang berkuat kuasa hari ini.

"Saya gembira kerana kita boleh kekalkan tempat ini sebagai kawasan rekreasi serta sangat penting untuk rakan kongsi yang telah lama bermain golf di sini, pada masa sama PPGS telah perjuangkan tempat yang bagus untuk pembangunan atlet muda Malaysia," katanya.

PPGS ialah Badan Berkanun Persekutuan (BBP) di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang telah ditubuhkan menerusi Akta Perbadanan Golf Subang 1968 dan selaku pemilik tanah Padang Golf Subang, PPGS bertanggungjawab ke atas pengurusan serta pengawalan Padang Golf Subang.

KGNS pula syarikat yang dilantik oleh PPGS untuk mengurus dan mentadbir Padang Golf Subang serta telah melaksanakan fungsi berkenaan sejak 1971 sehingga kini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 5 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan rem' 21 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 28 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 54 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan rem' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 36 mins ago