Translate

13 March 2025

PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang



PDRM terima 489 laporan babit 637 rakyat Malaysia jadi mangsa pemerdagangan orang

Bernama

13/03/2025


Shamsul Anuar berkata daripada jumlah itu, seramai 504 berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima sebanyak 489 laporan berkaitan 637 warganegara Malaysia menjadi mangsa pemerdagangan orang, khususnya berkaitan sindiket penipuan tawaran pekerjaan yang menyasarkan golongan muda dari Januari hingga semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata daripada jumlah itu, seramai 504 berjaya diselamatkan dan 133 masih terkandas di luar negara.

"Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Luar serta Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyelamat mangsa warganegara Malaysia yang terlibat dengan sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar.

"Proses menyelamat mangsa itu dilaksana secara berfasa melalui pintu masuk negara di Bukit Kayu Hitam pada 24 Feb 2025, melibatkan seramai 15 warganegara Malaysia dan pada 12 Mac melibatkan seramai 25 rakyat Malaysia," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata kesemua warganegara yang diselamatkan itu telah menjalani pemeriksaan kesihatan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan sebelum diserahkan kepada ahli keluarga masing-masing.

Dalam pada itu, Shamsul Anuar berkata permohonan projek baharu iaitu pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan pembinaan Kompleks Perumahan Pegawai Kanan Kontinjen negeri itu telah diangkat di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Tahun 2026.

"Namun, bagi memenuhi keperluan ditetapkan dalam garis panduan penyediaan RMKe-13 dan permohonan projek pembangunan tahun 2026-2030 yang dikeluarkan Kementerian Ekonomi, laporan Building Condition Assessment daripada Jabatan Kerja Raya perlu disertakan permohonan.

"Projek ini akan diangkat semula dalam RP yang akan datang setelah dokumen mandatori yang diperlukan diperoleh," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pelbagai usaha dilaksana PDRM untuk mengesan dan mengembalikan anak perempuan guru tadika M. Indira Gandhi yang dilarikan bekas suaminya K. Patmanathan atau nama Islamnya Muhammad Riduan pada 2009.

"Antara langkah diambil dan masih diteruskan termasuklah prosiding komital masih dijalankan setiap tiga bulan di Mahkamah Tinggi Ipoh. Prosiding ini bagi mengemas kini tindakan mengesan dan mencari K. Patmanathan dan Prasana Diksa.

"PDRM juga mendapat bantuan Polis Antarabangsa (Interpol), ekoran mangsa dipercayai berada di Thailand dan PDRM tidak pernah berdiam diri dan terus berusaha mengesan lokasi bekas suami serta anak Indira Ghandi yang dikatakan berada di luar negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan bagi kementerian berkenaan berkata seramai 75,494 pencari kerja Orang Kurang Upaya (OKU) berjaya ditempatkan dalam pekerjaan.

"Berdasarkan statistik PERKESO dari Jan 2020 hingga 21 Feb 2025 seramai 75,494 pencari kerja OKU, termasuk peserta 'Program Return To Work' berjaya ditempatkan dalam pekerjaan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'NASA's SpaceX Crew-10 headed for the ISS | BEST FB' 57 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Langgar Lari Dipercayai Punca Pekerja Asing Merusu' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Miami viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Khidmat Reezal Merican sebagai Pengerusi MATRADE d' 1 hr 12 mins ago