Translate

24 March 2025

Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran



Paras air di beberapa sungai di Johor melepasi tahap bahaya, amaran

Astro Awani

24/03/2025


Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku. - Foto BERNAMA


JOHOR BAHRU: Paras air di beberapa sungai di negeri Johor mencatatkan bacaan melebihi tahap bahaya sehingga jam 5.45 pagi ini, susulan hujan lebat yang berlaku.

Laman web rasmi Public Infobanjir melaporkan, Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang merekodkan bacaan 14.57 meter (m), iaitu 0.07m melebihi tahap bahaya 14.5m.

Dalam pada itu, Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat mencatatkan bacaan 3.35m, iaitu 0.02m melebihi tahap amaran 3.15m.

Selain itu, Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun, Pontian mencatatkan bacaan 5.35m, iaitu 0.35m melebihi tahap amaran 5m.

Bagaimanapun, trend bagi Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan menurun manakala Sungai Senggarang di Senggarang dan Sungai Ayer Hitam di Kampung Paya Embun dilaporkan tidak mengalami sebarang perubahan setakat ini.

Sementara itu, pihak berkuasa menasihatkan penduduk yang berada di kawasan rendah dan berhampiran sungai yang terjejas untuk berwaspada dan bersedia menghadapi banjir sekiranya paras air terus meningkat.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Diskaun tol 50 peratus sempena Aidilfitri | BEST F' 5 mins ago
A visitor from California viewed 'North Korean man who was arrested to assist in inv' 8 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Prasarana announces Muhammad Nizam as new CEO effe' 10 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Red Shirts leader Datuk Seri Jamal Yunos has been ' 11 mins ago
A visitor from Gatchina viewed 'AMAN SHAH - The Real Story Behind The Malaysian "O' 23 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Tommy Page, the pop star-turned-music executive kn' 25 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 29 mins ago
A visitor from Washington viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Botol 'Kembali Dara' 'Ladies Collagen' Rupanya Dad' 49 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 59 mins ago