Translate

13 March 2025

Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang



Nilai kebersamaan tanggungjawab bersama, tidak terbatas pada agama, bangsa - Sultan Pahang

Bernama

13/03/2025


Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ketika baginda berangkat ke Majlis Perasmian Surau IPD Cameron Highlands dan Berbuka Puasa di Brinchang hari ini. - Gambar Bernama


CAMERON HIGHLANDS: Keberadaan pihak bukan Islam yang turut menyumbang kepada pembangunan institusi Islam ialah satu cerminan indahnya kehidupan bermasyarakat di Pahang, titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah perkara itu membuktikan bahawa nilai kebersamaan dalam berbakti kepada masyarakat tidak terbatas kepada agama dan bangsa, tetapi merupakan tanggungjawab bersama demi kemaslahatan sejagat.

"Saya berharap agar lebih banyak syarikat dan organisasi turut serta dalam melaksanakan inisiatif CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang membawa manfaat kepada pembangunan setempat, khususnya dalam aspek kebajikan, pendidikan dan keagamaan.

"Semoga usaha baik ini mendapat ganjaran dan menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat," titah Al-Sultan Abdullah ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Surau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands dan Berbuka Puasa di Brinchang hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Terdahulu, Al-Sultan Abdullah bertitah LBS Bina Group Berhad telah berbesar hati membiayai keseluruhan pembinaan rumah ibadat yang bernilai RM5 juta itu.

"Usaha murni ini bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota polis dan masyarakat setempat, tetapi juga mencerminkan komitmen tinggi dalam melaksanakan CSR.

"Lebih daripada itu, usaha ini mencerminkan nilai perpaduan dan keharmonian antara kaum serta agama yang menjadi tunjang kestabilan dan kesejahteraan negeri ini," titah baginda.

Sementara itu, Yahaya dalam sembah ucapannya berkata sejak sempurnanya pembinaan surau itu pada 4 April 2024, seluruh keluarga IPD Cameron Highlands telah memanfaatkannya untuk pelbagai aktiviti keagamaan antaranya program ceramah, kelas bimbingan mualaf, bacaan yasin dan tahlil serta solat berjemaah.

Pada 4 Mac tahun lepas, Al-Sultan Abdullah berkenan menyempurnakan majlis pecah tanah tapak surau itu yang berkeluasan 6,016 kaki persegi selain mampu memuatkan 200 jemaah pada satu-satu masa dan bakal memberikan manfaat kepada kakitangan IPD Cameron Highlands serta masyarakat setempat.

Antara kemudahan yang disediakan ialah bilik audio, bilik imam, tandas, kolah wuduk, bilik mesyuarat, bilik jenazah, ruang makan dan parkir.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 11 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 35 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan rem' 51 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 1 hr 24 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan rem' 1 hr 47 mins ago