Translate

12 March 2025

Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM



Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia naik 3.5 peratus kepada RM158.1 bilion pada Januari - DOSM

Bernama

12/03/2025


Mohd. Uzir berkata, nilai jualan industri berorientasikan eksport yang mewakili 70.2 peratus daripada jumlah jualan berkembang 5.1 peratus pada Januari 2025 daripada 7.1 peratus pada Disember 2024. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia pada Januari 2025 meningkat sebanyak 3.5 peratus daripada 5.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM158.1 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan nilai jualan dalam sektor berkenaan disokong terutamanya oleh subsektor makanan, minuman dan tembakau yang merekodkan pertumbuhan kukuh iaitu sebanyak 10.6 peratus pada Januari 2025 daripada 14.6 peratus pada Disember 2024.

"Ini diikuti dengan subsektor peralatan elektrik dan elektronik serta produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam, masing-masing 7.3 peratus daripada 8.7 peratus pada Disember 2024 dan 2.1 peratus daripada 3.2 peratus pada Disember 2024.

"Perbandingan dengan bulan sebelumnya, nilai jualan menguncup sedikit iaitu sebanyak 0.2 peratus kepada RM158.1 bilion daripada RM158.4 bilion yang direkodkan pada Disember 2024," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Uzir berkata, nilai jualan industri berorientasikan eksport yang mewakili 70.2 peratus daripada jumlah jualan berkembang 5.1 peratus pada Januari 2025 daripada 7.1 peratus pada Disember 2024.

"Pengembangan tersebut berkait rapat dengan peningkatan dalam pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran serta haiwan iaitu sebanyak 11.1 peratus daripada 17.0 peratus pada Disember 2024.

"Selain itu, pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal turut meningkat sebanyak 7.7 peratus daripada 9.4 peratus pada Disember 2024 sementara pembuatan produk getah tumbuh 8.9 peratus daripada 10.7 peratus pada Disember 2024.

Begitu juga, katanya, industri berorientasikan domestik meningkat sedikit iaitu sebanyak 0.1 peratus pada Januari 2025 setelah mencatatkan kenaikan 2.5 peratus pada Disember 2024.

Menurut Mohd. Uzir, prestasi ini disebabkan oleh penyusutan tahun ke tahun dalam pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler iaitu -17.6 peratus.

Bagaimanapun, ini diimbangi dengan pembuatan produk pemprosesan makanan yang mengekalkan pertumbuhan dua angka kepada 10.4 peratus daripada 11.2 peratus pada Disember 2024; pembuatan produk logam kecuali mesin dan kelengkapan (3.1 peratus) dan pembuatan minuman (9.1 peratus).

"Perbandingan bulan ke bulan, kedua-dua industri berorientasikan eksport dan domestik susut 0.2 peratus, kata Mohd Uzir.

Mengulas mengenai bilangan pekerja, Ketua Perangkawan berkata seramai 2.39 juta orang terlibat dalam sektor ini pada Januari 2025, bertambah 0.9 peratus daripada 1.0 peratus pada Disember 2024.

Katanya, perbandingan bulan ke bulan, bilangan pekerja dalam sektor ini berkurang 0.2 peratus.

Pada masa yang sama, gaji dan upah yang dibayar dalam sektor pembuatan juga mencatatkan peningkatan 1.5 peratus daripada 1.7 peratus pada Disember 2024 yang berjumlah RM8.5 bilion pada Januari 2025.

"Perbandingan bulan ke bulan, gaji dan upah yang dibayar susut 4.6 peratus, seterusnya, nilai jualan bagi setiap pekerja meningkat kepada RM66,011 (2.6 peratus) manakala purata gaji dan upah bagi setiap pekerja sebanyak RM3,540, naik 0.6 peratus tahun ke tahun," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 5 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mamp' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musn' 19 mins ago
A visitor from Cainta viewed 'Updates from The Hague hours before Duterte faces ' 19 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 39 mins ago