Translate

12 March 2025

Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew



Malaysia terus pantau situasi perdagangan global, nilai implikasi ke atas ekonomi negara - Liew

Bernama

12/03/2025


Menurut Liew, kerajaan perlu bersedia untuk menangani implikasi negatif secara tidak langsung terhadap pengenaan tarif yang tinggi oleh AS terutamanya dalam jangka masa panjang. - Gambar fail/Bernama


KUALA LUMPUR: Kerajaan terus memantau situasi perdagangan global dalam mendepani perubahan dasar perdagangan agresif oleh Amerika Syarikat (AS) dan menilai implikasinya ke atas perkembangan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Beliau berkata perubahan dasar perdagangan secara agresif oleh AS akan memberi impak ke atas perdagangan global termasuk Malaysia memandangkan AS merupakan negara ekonomi terbesar dunia.

"Namun demikian, kerajaan berpandangan masih terlalu awal untuk menyimpulkan implikasi ekonomi sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap negara.

"Kerajaan akan terus memantau situasi perdagangan global dan merancang strategi yang bersesuaian bagi menangani sebarang implikasi ke atas ekonomi negara," katanya pada sesi penggulungan perbahasan Usul Titah Diraja di Dewan Negara hari ini.

Menurut Liew, kerajaan juga perlu bersedia untuk menangani implikasi negatif secara tidak langsung terhadap pengenaan tarif yang tinggi oleh AS terutamanya dalam jangka masa panjang.

Beliau berkata terdapat kemungkinan besar permintaan bagi produk dari negara yang dikenakan tarif tinggi akan berkurangan di pasaran AS kerana harga yang tinggi.

"Oleh itu, dijangkakan negara tersebut perlu meneroka pasaran baharu atau melimpahkan lebih banyak produk mereka di pasaran sedia ada yang lain.

"Ini berkemungkinan akan menjejaskan pasaran eksport Malaysia serta memberi persaingan kepada pengeluar domestik negara," katanya.

Sehubungan itu, katanya kementerian melalui Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) sentiasa berusaha untuk memperkukuh eksport produk tempatan dengan meningkatkan usaha promosi eksport ke pasaran yang berpotensi tinggi.

"Perancangan strategik promosi ke negara rakan dagang seperti benua Afrika, Timur Tengah, Asia Selatan dan Amerika Latin telah menunjukkan perkembangan yang menggalakkan saban tahun," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'NASA's SpaceX Crew-10 headed for the ISS | BEST FB' 36 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 46 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Langgar Lari Dipercayai Punca Pekerja Asing Merusu' 50 mins ago
A visitor from Miami viewed 'BEST FBKL' 51 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Khidmat Reezal Merican sebagai Pengerusi MATRADE d' 51 mins ago