Translate

12 March 2025

KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000



KPDN Johor tumpas kegiatan seleweng LPG bernilai RM860,000

Bernama

12/03/2025


Sindiket penyelewengan LPG di sebuah stor di Ulu Tiram tumpas selepas diserbu KPDN Johor pada Selasa. - Gambar KDPN Johor


JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM860,000 dalam satu operasi di Ulu Tiram, di sini semalam.

Pengarah KPDN negeri Lilis Saslinda Pornomi berkata dalam serbuan di sebuah stor sekitar 3 petang itu, pihaknya telah menemukan tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14 kilogram (kg) serta sebuah lori tangki yang dipercayai mengandungi LPG.

"Siasatan awal mendapati stor tersebut disyaki memindahkan gas daripada tong berkapasiti 14kg bersubsidi ke lori tangki bagi tujuan penyelewengan atau decanting.

"Selain itu, 1,743 unit tong gas LPG berisi dan kosong berkapasiti 14kg, sebuah lori tanker yang berisi LPG dianggarkan seberat 24,724kg serta beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk tujuan penyelewengan, turut disita. Nilai rampasan dianggarkan mencecah RM860,000," katanya dalam kenyataan.

Lilis Saslinda berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.

"KPDN Johor tidak berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang bagi membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata KPDN juga mengalu-alukan aduan awam dan maklumat menerusi aplikasi WhatsApp di 019-848 8000, portal e-aduan@kpdn.gov.my, talian 1-800-886-800 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 1 min ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 25 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan rem' 41 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'BEST FBKL' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Projek Waterfront Labuan bernilai RM78 juta bakal ' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Ada 'Penyangak' Cuba Menyogok Ketua Menteri Sabah ' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Penasihat agensi pelancongan ditahan cederakan rem' 1 hr 37 mins ago