Translate

13 March 2025

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman



Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman

Bernama

13/03/2025


Polis sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa. - Gambar hiasan


CHUKAI: Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Perintah reman sehingga Selasa (18 Mac) ke atas lelaki berusia 38 tahun itu, dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret Kemaman, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata suspek telah ditahan pada 12.15 tengah malam tadi.

Beliau berkata mangsa yang kini berusia 18 tahun, telah tampil membuat laporan di balai polis pada 3.38 petang semalam.

"Pihak polis turut merampas sebuh kereta dan beberapa barangan lain untuk membantu siasatan," katanya.

Mohd Razi berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kes tersebut termasuk sama ada terdapat pelajar lain yang turut menjadi mangsa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Program Repatriasi Migran dalam proses dilanjut – ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tujuh 'Scammers' Kena Cekup | BEST FBKL' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bunuh isteri dan bayi, Mahkamah Persekutuan kembal' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'NASA's SpaceX Crew-10 headed for the ISS | BEST FB' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Langgar Lari Dipercayai Punca Pekerja Asing Merusu' 1 hr 31 mins ago