Translate

21 March 2025

Kerja selenggara jalan babitkan penutupan lorong dihentikan sempena Aidilfitri - Nanta



Kerja selenggara jalan babitkan penutupan lorong dihentikan sempena Aidilfitri - Nanta

Bernama

21/03/2025


Nanta (foto) berkata keputusan itu selaras dengan tarikh penguatkuasaan operasi semua agensi, seperti PDRM, JPJ, serta JBPM. -Gambar fail


SEREMBAN: Semua kerja penyelenggaraan jalan membabitkan penutupan lorong di lebuh raya akan dihentikan sementara bermula pada 24 Mac hingga 7 April ini bersempena dengan perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Semua kerja penyelenggaraan jalan yang melibatkan penutupan lorong di lebuh raya akan dihentikan sementara dari 24 Mac hingga 7 April sempena perayaan Aidilfitri.

JKR menerima lebih 28,000 aduan mengenai jalan rosak melalui aplikasi MYJalan sejak dilancarkan pada 2023, dengan hanya 30% berkaitan jalan di bawah seliaan JKR.

Menteri Kerja Raya menggesa pengguna jalan raya untuk memuat turun aplikasi MYJalan dan membuat aduan mengenai jalan raya untuk meningkatkan keselesaan dan keselamatan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata keputusan itu selaras dengan tarikh penguatkuasaan operasi semua agensi, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Larangan penutupan lorong ini dikecualikan bagi kerja kecemasan sahaja. Ia arahan kebiasaan dikeluarkan oleh kementerian, iaitu tiada kerja pembinaan dan penyelenggaraan dilakukan kerana akan mengganggu dan menyebabkan kesesakan.

"Semua maklum ramai pulang ke kampung halaman pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan lorong tambahan Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nanta berkata JKR menerima lebih 28,000 aduan mengenai jalan rosak menerusi aplikasi MYJalan sejak ia dilancarkan pada 2023.

Beliau berkata daripada jumlah itu, hanya 30 peratus berkaitan dengan jalan rosak di bawah seliaan JKR dan selebihnya melibatkan jalan di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri.

"Menerusi dasar no wrong door policy, aplikasi MyJalan dapat mengenal pasti aduan yang berkaitan dengan seliaan JKR.

"Kita juga menyampaikan maklumat ini kepada PBT dan kerajaan negeri supaya mereka bertindak dengan segera.

"Pihak kami, konsesi dan JKR akan turun padang sejurus menerima aduan jalan rosak dalam masa 24 jam, hal itu telah dicapai, saya memohon PBT dan kerajaan negeri juga mengambil langkah yang sama, sebab jalan ini banyak kategori, JKR hanya memberi tumpuan kepada jalan Persekutuan," katanya.

Terdahulu, Nanta dalam ucapannya menyarankan semua pengguna jalan raya memuat turun aplikasi MYJalan dan membuat aduan berkenaan jalan raya, seperti jalan berlubang, jalan rosak, serta lampu jalan dan lampu trafik yang tidak berfungsi.

Beliau berkata kerjasama pengguna dalam menjaga jalan dapat menjamin ketahanan dan kebolehgunaan jalan raya, di samping meningkatkan keselesaan dan keselamatan pemandu dan penumpang.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Singapore viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 6 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Donald Trump and Kim Jong Un Summit In Singapore a' 12 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 22 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 26 mins ago
A visitor from Oregon viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 31 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Philippines Senate Airs Uncut Raw Video Of Duterte' 33 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'MAHB bersedia mengukuhkan rangkaian, sambungan di ' 41 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysia perlu percepat eksplorasi dan aplikasi te' 50 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 51 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Transaksi penipuan sebanyak RM399 juta berjaya dih' 54 mins ago