Translate

21 March 2025

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah - Azalina



Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah - Azalina

Bernama

21/03/2025


Azalina berkata kelulusan RUU berkenaan membuktikan kerajaan pimpinan PM Anwar berpegang teguh pada komitmen agenda reformasi untuk mengembalikan kebebasan perkhidmatan Parlimen. - Gambar fail/Astro AWAN


PUTRAJAYA: Kelulusan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025 merupakan peristiwa bermakna dalam sejarah perjalanan institusi Parlimen Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kelulusan itu menandakan pengembalian kebebasan perkhidmatan Parlimen selepas 33 tahun akta tersebut dimansuhkan.

Beliau berkata akta itu pertama kali diperkenalkan oleh Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada 1963 sebelum ia dimansuhkan pada 1992.

"Ia selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkasakan institusi Parlimen dan mengembalikan autonominya sejajar dengan prinsip demokrasi berparlimen," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Dewan Negara semalam meluluskan Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen 2025, yang antara lain bertujuan memastikan keberkesanan institusi itu dalam menjalankan fungsinya secara bebas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Rang undang-undang itu sebelum ini diluluskan Dewan Rakyat pada 5 Mac lepas.

Mengulas lanjut, Azalina berkata kelulusan rang undang-undang berkenaan membuktikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpegang teguh pada komitmen agenda reformasi untuk mengembalikan kebebasan perkhidmatan Parlimen.

"Justeru, saya ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas kesediaan beliau selaku Ketua Majlis untuk membuat perubahan besar dalam landskap perundangan, demi kesejahteraan negara," katanya.

Azalina berkata kejayaan ini akan memastikan Parlimen, selaku badan tertinggi negara dalam menggubal undang-undang, dapat beroperasi secara bebas, profesional dan berautonomi sejajar dengan prinsip pemisahan kuasa antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Beliau berkata Parlimen kini dapat menentukan tadbir urus perkhidmatannya sendiri serta mengurus aspek kewangan dan pentadbiran secara bebas.

"Langkah ini bukan sahaja mengukuhkan institusi Parlimen, malah menjadi asas penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih demokratik dan progresif," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Kastam Sarawak rampas rokok seludup bernilai lebih' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 Apri' 12 mins ago
A visitor from Louisiana viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 13 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 29 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 1 hr 11 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 1 hr 19 mins ago