Translate

21 March 2025

Kedai emas disamun, peniaga rugi RM250,000



Kedai emas disamun, peniaga rugi RM250,000

Bernama

20/03/2025


Seorang peniaga di Pekan Kuala Sungai Baru kerugian RM250,000 selepas kedai emasnya disamun seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjatakan pistol mainan hari ini. - Foto PDRM/Sinar Harian


ALOR GAJAH: Seorang peniaga di Pekan Kuala Sungai Baru di sini kerugian RM250,000 selepas kedai emasnya disamun seorang lelaki berpakaian serba hitam dan bersenjatakan pistol mainan hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian kira-kira 2.20 petang itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa memaklumkan dia disamun melibatkan dua dulang emas dengan anggaran lebih 50 rantai tangan emas pelbagai berat.

"Mangsa yang berusia 49 tahun memberitahu ketika kejadian dia tidak sedar suspek masuk ke dalam kedai kerana sedang leka bermain telefon bimbit.

"Mangsa hanya menyedari kejadian tersebut apabila melihat suspek mengacu pistol kepadanya menyebabkan pengadu terus melarikan diri ke dalam pejabat bersama anaknya berumur 10 dan tujuh tahun," katanya dalam kenyataan.

Ashari berkata mangsa terdengar bunyi kaca dipecahkan dan selepas keadaan senyap dia keluar daripada pejabatnya dan melihat kaca pameran dipecahkan serta mendapati lebih kurang dua dulang rantai emas telah tiada.

Beliau berkata saksi awam juga memberitahu melihat seorang suspek berpakaian serba hitam masuk ke dalam kedai emas dalam keadaan mencurigakan selain mendengar bunyi kaca dipecahkan.

Suspek juga dillihat keluar daripada kedai dan melarikan diri dengan menaiki motosikal di hujung kedai.

"Kita telah mendapat bantuan daripada D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan menemui tiga cap jari serta satu pistol plastik berwarna hitam yang ditinggalkan di lantai kedai.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah di talian 06-5562222 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Orang ramai dinasihat utamakan keselam' 21 secs ago
A visitor from Washington viewed 'Kabir Khan the newly appointed Tourism Malaysia am' 21 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PM reveals attack on MAHB digital system with hack' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PPR resident injured by bicycle thrown from 12th f' 56 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from New york viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 12 mins ago