Translate

29 March 2025

Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBKL buat laporan polis



Insiden peniaga belon jalan TAR: Penguat kuasa DBKL buat laporan polis

Astro Awani

29/03/2025


Menerusi video yang tular, kekecohan mula berlaku selepas DBKL mengambil tindakan merampas barang jualan daripada beberapa individu yang dikatakan berniaga tanpa lesen. - Gambar/ Media sosial


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil keterangan semua penguat kuasa yang terlibat dalam kekecohan ketika tindakan penguatkuasaan ke atas penjaja belon tanpa lesen di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) Jumaat malam.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu.

Katanya, satu laporan polis juga telah dibuat oleh penguat kuasa yang terlibat.

"Sekiranya perlu, DBKL juga akan meneliti penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) dalam tindakan penguatkuasaan bagi memastikan sebarang perkara yang tidak diingini

dapat dielak daripada berlaku.

"DBKL ingin menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan tanpa mengambil kira sebarang latar belakang kaum. Penguatkuasaan adalah berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan dan tidak mempunyai sebarang motif perkauman," katanya.

Menerusi video yang tular, kekecohan mula berlaku selepas DBKL mengambil tindakan merampas barang jualan daripada beberapa individu yang dikatakan berniaga tanpa lesen, termasuk penjual belon berkenaan.

Penjual terbabit enggan menyerahkan belon yang dibawanya sehingga mencetuskan pergelutan.

Mengulas lanjut, DBKL berkata, ketika penguat kuasa melakukan rondaan berkala malam tadi, didapati kehadiran beberapa penjaja tanpa lesen yang menjalankan aktiviti perniagaan di laluan pejalan kaki Jalan TAR.

"Kehadiran mereka telah menghalang pergerakan orang ramai dan menyebabkan kesesakan, terutamanya ketika musim persiapan sambutan Aidilfitri yang menyaksikan kehadiran pengunjung yang terlalu ramai.

"Seorang penjaja belon enggan mematuhi arahan dan terus berniaga seperti biasa walaupun sudah diberi teguran sebanyak dua kali.

"Ketika teguran ketiga diberikan, penjaja belon tersebut bertindak agresif dan berlaku sentuhan fizikal apabila dia menolak petugas penguat kuasa yang sedang menjalankan tugas," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 2 hrs 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 22 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 3 hrs 24 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 26 mins ago