Translate

20 March 2025

Guru jangan jadikan pelajar sebagai kandungan media sosial - Fahmi



Guru jangan jadikan pelajar sebagai kandungan media sosial - Fahmi

Bernama

20/03/2025


Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing. - Foto BERNAMA


NILAI: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil meminta golongan pendidik agar tidak menjadikan pelajar terutama murid sekolah rendah sebagai bahan kandungan di laman media sosial masing-masing.

Beliau berkata hal ini kerana kandungan sedemikian boleh disalah guna oleh individu yang tidak bertanggungjawab termasuk bagi tujuan jenayah seksual kanak-kanak.

"Sekiranya guru ini seorang pempengaruh, carilah kandungan lain kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi dan sebagainya jika dedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.

"Ia mungkin membolehkan kanak-kanak jadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual... kita nak elak jenayah dan masalah ini berlaku, jadi guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan di dalam media sosial," katanya kepada Bernama.

Fahmi berkata demikian selepas menghadiri Bicara Eksekutif MADANI: Kepimpinan Pendidikan Memaknai Agenda Malaysia MADANI yang disertai lebih 300 guru sekolah rendah dan menengah di seluruh negara di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam perkara ini dan menjadikan ia fokus utama untuk memastikan Internet selamat digunakan.

"Kementerian sediakan Internet di semua sekolah, ada kira-kira 4,000 sekolah yang disasarkan untuk projek titik kehadiran, apa guna ada Internet murah, laju dan meluas tapi tidak digunakan dengan selamat, kita nak ia selamat digunakan terutama bagi kanak-kanak dan keluarga," katanya.

Fahmi juga berkata kempen Jelajah Internet Selamat yang dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional dan dirancang melibatkan 10,000 sekolah seluruh negara dijangka bermula dengan sekolah di sekitar Lembah Klang selepas Aidilfitri ini.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata guru wajar memahami trend terkini membabitkan kandungan kanak-kanak di media sosial supaya generasi itu dapat dikawal dan diberikan penjelasan sekali gus tidak kecanduan dengan pengisian negatif di Internet.

"Media sosial tidak sesuai untuk kanak-kanak, menerusi jelajah itu nanti, mesej yang saya mahu sampaikan kepada guru sekolah rendah ialah agar mereka menghentikan penggunaan TikTok untuk membuat kandungan melibatkan pelajar.

"Dalam media sosial mereka merakam serta menyimpan data dan apabila kita masukkan kandungan, sebenarnya kita telah menyerahkan maklumat diri dan keadaan sekeliling kepada pelayan dan platform yang dimiliki kebanyakan negara asing, itulah sebab kita perlu berwaspada dan tahu apa kandungan yang sesuai untuk dimasukkan dalam media sosial," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'British Airways kembali semula ke KLIA pada 2 Apri' 26 secs ago
A visitor from Louisiana viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 1 min ago
A visitor from Florida viewed 'Singaporean Woman Contract Specialist With US Navy' 17 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 52 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'A large number of mourners gathered at the funeral' 57 mins ago
A visitor from Manassas viewed 'BEST FBKL' 58 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Ringgit dibuka tinggi, daya tarikan meningkat dala' 58 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from San jose viewed 'PM sumbang bantuan Aidlfitri kepada golongan yang ' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Pencalonan sebagai Presiden BAM dapat persetujuan ' 1 hr 8 mins ago