Translate

12 March 2025

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang



Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang

Bernama

12/03/2025


Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh ICC atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung dengan perang dadahnya yang kontroversial. - Gambar fail/REUTERS


MANILA: Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte mungkin menghadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup jika disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan berhubung dengan perang dadahnya yang kontroversial, kata Malacanang pada Rabu.

"Namun, ini bergantung kepada pembelaan yang boleh diambil oleh bekas presiden," kata Setiausaha Rendah Pejabat Komunikasi Presiden dan Pegawai Akhbar Istana Claire Castro dalam satu taklimat media, menurut Agensi Berita Filipina (PNA).

Menurut laman sesawang ICC, mahkamah tidak mengenakan hukuman mati.

Namun, hakim-hakimnya boleh menjatuhkan hukuman penjara hingga 30 tahun atau penjara seumur hidup dalam kes-kes luar biasa. Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.

Penahanan Duterte oleh Organisasi Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol) dan pihak berkuasa tempatan susulan siasatan ICC yang sedang berlangsung berhubung dakwaan bahawa kempen anti-dadahnya menyebabkan ribuan pembunuhan di luar bidang kehakiman semasa beliau menjadi Datuk Bandar Davao City dan kemudian sebagai presiden.

Bekas presiden itu telah diterbangkan keluar negara pada Selasa malam.

Castro, seorang peguam berkata Duterte perlu menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan di Belanda terlebih dahulu untuk menentukan kesahihan penangkapannya sebelum dibawa ke ICC untuk berhadapan dengan tuduhan.

Presiden Filipina, Ferdinand R. Marcos Jr, berkata dalam satu sidang akhbar sejurus selepas pemergian Duterte ke The Hague, bahawa penangkapan itu dilakukan atas permintaan Interpol, bukan ICC.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Vermont viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 5 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'Pelantikan Chong Wei sebagai duta sukan Johor mamp' 6 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis siasat sekumpulan lelaki keluarkan 28 kereta' 9 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Tujuh premis termasuk kedai runcit, inap desa musn' 19 mins ago
A visitor from Cainta viewed 'Updates from The Hague hours before Duterte faces ' 19 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lima maut, 27 cedera kren runtuh di lebuh raya di ' 39 mins ago