Translate

12 March 2025

Dua wanita ditahan bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan



Dua wanita ditahan bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan

Bernama

11/03/2025


Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta, semalam. - Foto hiasan


KUANTAN: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Rompin.

"Suspek pertama seorang penganggur berusia 24 tahun, ditahan di sebuah rumah kira-kira 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan dalam bilik tidur suspek menjumpai satu plastik putih bertutup rapat tertera tulisan 'Ubat Terkawa/Controlled Medicine' dan 'ADV'.

"Di dalamnya mengandungi tiga peket plastik lut sinar berisi pil disyaki ubat digunakan untuk memaksa kelahiran diletakkan di atas meja bilik suspek. Sementara kakaknya iaitu suspek kedua, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin kira-kira 3 petang," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kedua-duanya direman hingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Suami Cekup Isteri, Kekasih Di Hotel Bajet | BEST ' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 29 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet buka puasa "Nostalgia Ramadan" PARKROYAL COL' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Donald Trump revokes ‘ridiculous’ Secret Service d' 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Isu had tempoh jawatan PM perlu dihujah dengan ada' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Bufet Ramadan yang terbesar dan antara yang terbai' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis akan rujuk kertas siasatan insiden tampar ke' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Politeknik Ungku Omar hantar laporan awal Ex Kurun' 1 hr 23 mins ago