WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 OLEH ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR MENAWARKAN LEBIH DARIPADA 150 JUADAH @ RM228.00
Bayangkan berbuka dalam suasana kampung dengan bunyi air terjun yang menenangkan di tengah-tengah kota raya KL di Taman Mahsuri Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur.
Bufet 'Warna Rasa Ramadan' oleh Royale Chulan Kuala Lumpur dari 3 hingga 29 Mac 2025 menawarkan lebih daripada 150 hidangan tradisional dan moden. Dari hidangan tradisional Melayu sampai ke sajian antarabangsa, semuanya ada.
Pada pendapat kami, ini adalah bufet Ramadan yang terbesar dan antara tiga yang terbaik & tersedap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.
Untuk pengetahuan umum, Royale Chulan Kuala Lumpur telah menduduki tempat teratas dalam kedudukan Bufet Buka Puasa Ramadan Terbaik BEST FBKL lebih daripada 10 kali dalam 14 tahun terakhir ini!
Bufet ini menampilkan lebih 150 hidangan yang dibuat dengan teliti yang dipersembahkan oleh MasterChef of Malay Cuisine (Anugerah Gourmet Terbaik Dunia) Master Chef Hasmady dan pasukannya.
VIDEO -WARNA RASA RAMADAN BUFFET OLEH ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
16.05 Min!
Bufet Ramadan Warna Rasa menawarkan pelbagai masakan yang merangkumi masakan tradisional Melayu, Cina dan India. Kamu juga boleh menikmati makanan lain seperti makanan daripada Jepun, Itali dan Timur Tengah yang yang pastinya dapat memenuhi citarasa masyarakat Malaysia.
Live Cooking Station atau Stesen Memasak Langsung yang ada sekeliling Taman Mahsuri membenarkan mereka menyajikan pelbagai hidangan yang segar dan lazat.
Menu wajib disetiap buffet Ramadan termasuk Kambing Panggang mereka yang sangat sedap. Rendang & Lemang, Sate Ayam & Daging dengan kuah kacang yang istimewa, Ikan & Seafood Bakar Portugis Melaka, Nasi Kerabu, Pasemboq, Udang Nestum, Paru Goreng Berlada, Nasi Ayam Itik Hainan, Rojak Geylang dan Stesen Kung Fu Wok.
Antara makanan yang perlu dicuba ialah Bubur Lambuk, Laksa Cucoq Udang, Bihun Sup Utara, Lok-Lok, Popiah Basah, Somtam Thai, Sotong Kangkung, Aneka Roti Mamak Maidin, Apam Balik, Kerabu Maggi, Aneka Kerabu, Aneka Sup Kawah dan Sup Gear Box.
Anda juga boleh menikmati beberapa hidangan Antarabangsa seperti Sushi & Sashimi, Pasta & Pizza Dim Sum dan Shawarma.
Dengan suasana kampung, mestilah kena ada Ulam-ulaman, Kerabu dan Sambal Ikan
Pastikan anda merancang jamuan anda dan tinggalkan sedikit ruang untuk menikmati seleksi pencuci mulut yang sangat lazat.
Selain daripada aneka pilihan juadah kuih-muih tradisional, kuih dan biskut Raya, buffet berbuka puasa mereka turut menghidangkan seleksi pencuci mulut dan pemanis mulut seperti Kek, Puding, Agar-agar, Aneka Kuih Muih, Kuih Raya, Biskut Raya, Pencuci mulut & Kek Barat, Air Pancut Coklat, Pencuci Mulut Timur Tengah - Baklava, Pencuci Mulut Panas, Ais Kacang Campur dan Aiskrim,
Mereka juga hidangkan pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan lebih 6 jenis Air balang, Kopi dan Teh Tarik.
Daripada pengalaman kami pada tahun-tahun yang lalu, adalah mustahil bagi anda untuk mencuba semua hidangan hebat di bufet ini dalam satu hari, jadi anda perlu merancang untuk melawat ke sini sekurang-kurangnya dua kali sepanjang bulan Ramadan!
Banyak menu yang korang boleh cuba sampai kembung perut disini.
Untuk menambah kemeriahan, terdapat persembahan muzik secara langsung yang menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden.
WARNA RASA RAMADAN BUFFET ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR
Harga Biasa :
Dewasa@ RM228 Bersih | Warga Emas @ RM188 Bersih | Kanak-kanak @ RM110 Bersih
Tempah sekarang dengan menghubungi atau menghantar mesej WhatsApp kepada mereka di 0193254718