Translate

30 March 2025

Aidilfitri: Polis kenal pasti 66 'blackspot', perketat pemantauan Op Selamat di Kelantan



Aidilfitri: Polis kenal pasti 66 'blackspot', perketat pemantauan Op Selamat di Kelantan

Bernama

30/03/2025


Muhd Yusuff ketika bercakap pada sidang media selepas menyantuni pengguna jalan raya sempena Ops Selamat 24 menjelang Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu. - Gambar Bernama


KOTA BHARU: Polis Kelantan mengenal pasti 66 lokasi 'blackspot' iaitu kawasan kerap berlaku kemalangan dan 41 lokasi 'hotspot' yang sering mengalami kesesakan sepanjang Op Selamat Aidilfitri 2025, dengan pemantauan ketat di jalan utama seperti Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Jeli.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, tiga laluan utama masuk ke negeri itu iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli juga dijangka mengalami peningkatan kenderaan dan pihaknya telah menyediakan pelan pengurusan trafik bagi mengurangkan kesesakan.

"Bagi memastikan kelancaran lalu lintas, polis menubuhkan Skuad Khas Jamed dan Lancar di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah yang akan bertindak segera sekiranya berlaku kesesakan. Sebanyak 128 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ditugaskan dengan penggiliran 24 jam di 103 lokasi berisiko.

"Sebagai langkah penguatkuasaan, operasi tahun ini memberi tumpuan kepada enam kesalahan utama yang sering menjadi punca kemalangan antaranya memandu melebihi had laju dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu," katanya pada sidang media selepas Majlis Menyantuni Petugas dan Anggota Trafik, di sini, pada Sabtu.

Beliau menegaskan, pihak polis tidak akan berkompromi dengan sikap cuai pemandu yang boleh mengancam nyawa dan tindakan tegas diambil ke atas mereka yang melanggar peraturan jalan raya.

Sehubungan itu, Mohd Yusoff mengingatkan pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin dan mematuhi undang-undang, terutama ketika melalui kawasan berisiko tinggi bagi mengelakkan kemalangan.

Beliau berkata, orang ramai turut dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat mengenai laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan luar biasa sepanjang musim perayaan ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Mayat lelaki reput ditemukan bersebelahan motosika' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 3 hrs 48 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 3 hrs 59 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita Tunggu Anak Jadi Mangsa Ragut | BEST FBKL' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita Diragut Ketika Beraya | BEST FBKL' 4 hrs 11 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 4 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Angka kematian akibat gempa bumi Myanmar meningkat' 4 hrs 35 mins ago
A visitor from Bandung viewed 'Berikutan video samun dalam lif yang viral, polis ' 4 hrs 40 mins ago