Translate

25 July 2023

Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN

 Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN

Bernama

Julai 25, 2023 00:18 MYT'


Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN
Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Saifuddin. - Gambar fail/Bernama

Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH, bincang persiapan PRN

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Saifuddin. - Gambar fail/Bernama

PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden gabungan itu di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini malam Isnin.

Mesyuarat yang berlangsung lebih dua jam bermula 9 malam itu dihadiri oleh semua pimpinan utama PH termasuk Ketua Setiausaha Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin Nasution ketika dihubungi pemberita berkata mesyuarat itu antara lain membincangkan persiapan akhir PH bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.



"Mesyuarat berkenaan persiapan terakhir menjelang penamaaan calon... yang pengerusikan Perdana Menteri. Semua pimpinan utama PH ada," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan serentak dengan hari penamaan calon Sabtu ini.

Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kajang viewed 'SATU MALAYSIA CINA, MELAYU, INDIA SOUND PEKEBUN MU' 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 22 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Rumah runtuh awal pagi, 6 sekeluarga nyaris maut |' 24 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Latest Urban Megaprojects & What' 49 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 56 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '15 countries have sent trade deal p' 1 hr 16 mins ago
A visitor from Bacau viewed 'Dakwaan boikot cubaan gugat kehar' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 1 hr 43 mins ago