Translate

28 July 2023

Senarai pencalonan PRN, saya telah buat yang terbaik - Anwar



Senarai pencalonan PRN, saya telah buat yang terbaik - Anwar

Bernama

Julai 28, 2023

Anwar bersama enam calon dari PKR yang akan bertanding pada PRN ke 15 selepas penyerahan watikah di Port Dickson malam tadi. --fotoBERNAMA

Senarai pencalonan PRN, saya telah buat yang terbaik - Anwar

Anwar bersama enam calon dari PKR yang akan bertanding pada PRN ke 15 selepas penyerahan watikah di Port Dickson malam tadi. --fotoBERNAMA

PORT DICKSON: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tidak puas hati sesetengah pihak berhubung senarai pencalonan yang diumumkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini adalah perkara biasa pada setiap pilihan raya.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yakin pemilihan calon telah diadakan sebaik mungkin sebagai persediaan PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Terangganu, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

"Dalam dunia ni, dalam pilihan raya, tiada yang semua berpuas hati...jadi kita dengar dan hormat serta cuba terangkan tetapi tidak akan memuaskan hati semua pihak. Saya fikir telah buat sebaiknya," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pencalonan kepada enam calon PKR di Negeri Sembilan bagi PRN kali ini.

Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan sokongan parti, Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata setakat ini keadaan terkawal dan semua pihak perlu memberi peluang kepada calon baharu.

"Sepatutnya sekarang giliran yang lain, kita pun perlu ada pelapis, tidak boleh seorang itu kekal selamanya," katanya.

Mengenai manifesto PRN, Anwar berkata ia akan dilakukan mengikut negeri masing-masing.

Terdahulu, Anwar menyerahkan watikah kepada Datuk Seri Aminuddin Harun yang dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Ampangan), Nur Zunita Begum (Pilah), Ismail Ahmad (Labu), Yew Boon Lye (Chuah) dan Dr Rajasekaran (Sri Tanjung).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED