Translate

23 July 2023

PRN: PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai MB Negeri Sembilan - Anwar



PRN: PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai MB Negeri Sembilan - Anwar

Bernama

Julai 23, 2023
PKR memutuskan Datuk Seri Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA

PRN: PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai MB Negeri Sembilan - Anwar

PKR memutuskan Datuk Seri Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan. - Gambar fail/BERNAMA

SHAH ALAM: PKR memutuskan Datuk Seri Aminuddin Harun wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya gabungan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) itu bulan depan.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini kerana Aminuddin telah menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika memimpin Negeri Sembilan dan banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program.

"Maknanya tidak ada ruang untuk orang kata Menteri Besar ini sukar ditemui atau tidak menyantuni (rakyat). Oleh itu, kita ada barisan pimpinan yang membanggakan kita.



Negeri Sembilan saya belum buat apa-apa pengumuman (mengenai kedudukan Menteri Besar), kerana perbincangan itu mengambil masa yang agak panjang dengan rakan kita yang lain tetapi kita telah sampaikan pandangan kita kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," katanya ketika berucap pada majlis pengumuman calon PKR di Padang Awam Majlis Bandaraya Shah Alam, Seksyen 7 di sini malam ini.

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengumumkan Aminuddin kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

- BERNAMA


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from California viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'JBPM beku 70 peratus cuti pegawai, ang' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis siasat hantaran di laman sosial disyaki hina' 15 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 35 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lelaki Rohingya menyamar 'Ariff Aiman' dituduh rog' 52 mins ago
A visitor from Nizhniy novgorod viewed 'PKR putuskan Aminuddin Harun wajar dikekalkan' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Video...Pak Guard Kena Tampar Oleh Lelaki Berkopia' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'BKK Aidilfitri RM500 kepada penjawat awam, RM250 u' 1 hr 14 mins ago