Translate

25 July 2023

Presiden Filipina mulakan lawatan negara ke Malaysia hari ini



Presiden Filipina mulakan lawatan negara ke Malaysia hari ini

Bernama

Julai 25, 2023
Kunjungan itu merupakan lawatan sulung Ferdinand Marcos Jr. ke negara ini. - Gambar fail/BERNAMA

Presiden Filipina mulakan lawatan negara ke Malaysia hari ini

Kunjungan itu merupakan lawatan sulung Ferdinand Marcos Jr. ke negara ini. - Gambar fail/BERNAMA

PUTRAJAYA: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. memulakan Lawatan Negara ke Malaysia mulai Selasa hingga 27 Julai.

Kunjungan itu merupakan lawatan sulung beliau ke negara ini.

Marcos akan diberikan sambutan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Rabu.



"Presiden Marcos Jr. akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, diikuti Majlis Santapan Negara bagi meraikan presiden serta delegasinya," menurut kenyataan Kementerian Luar.

Marcos diiringi isteri Louise Araneta-Marcos dan delegasi yang terdiri Setiausaha Kabinet, ahli politik dan pegawai kanan kerajaan Filipina.

Menurut kenyataan itu, Marcos turut dijadual bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kedua-dua pemimpin dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Lawatan itu menggambarkan jalinan persahabatan dan hubungan rapat antara kedua-dua negara selaku jiran rapat dan rakan kongsi di ASEAN, termasuk menerusi pertukaran lawatan di peringkat tinggi seperti lawatan rasmi Anwar ke Manila pada Mac 2023.

Filipina merupakan rakan dagangan dunia ke-15 terbesar Malaysia dan kelima terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM41.45 bilion (US$9.42 bilion), dengan peningkatan sebanyak 20.1 peratus berbanding jumlah dagangan pada 2021.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED