Translate

30 July 2023

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong



PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong

Bernama

Julai 30, 2023 15:51 MYT

Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. - Facebook Anwar Ibrahim

PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah hari keputeraan Agong

Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya. - Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64 Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Al-Sultan Abdullah sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya.

"Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-64, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, Sultan dan Raja Pemerintah bagi Negeri Pahang Darul Makmur serta jajahan takluknya.



"Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Dirgahayu Tuanku," kata Anwar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ho chi minh city viewed 'Sanggup bergelap, berpanas takut dicekup imigresen' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shahnaz Abdul Majid awarded RM30 million following' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN menang besar, majoriti 5,006 u' 27 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Mitsubishi Triton langgar lari wanita hing' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis masih belum dapat mengenal pasti jenis senja' 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN umum pertahan Ayer Kuning' 39 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '23 termasuk 3 GRO ditahan dalam Ops Gegar, Ops Sel' 39 mins ago