Translate

26 July 2023

Ular tedung susur bawah badan kanak-kanak telah ditangkap, kanak-kanak selamat



Ular tedung susur bawah badan kanak-kanak telah ditangkap, kanak-kanak selamat

Bernama

Julai 26, 2023 17:55 MYT

Tangkap layar video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. - Foto ihsan pembaca

Ular tedung susur bawah badan kanak-kanak telah ditangkap, kanak-kanak selamat

Tangkap layar video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun. - Foto ihsan pembaca

IPOH: Video tular yang memaparkan anak ular tedung menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, adalah kejadian dua hari lepas dan ular itu telah berjaya ditangkap.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kanak-kanak tersebut juga dilaporkan selamat.

"Kejadian berlaku di rumah pengasuh kanak-kanak itu di Taman Serai Perdana, Bagan Serai (Perak). Bomba menerima panggilan daripada pengasuh itu pada 11.28 pagi, 24 Julai lalu.



"Setibanya di tempat kejadian didapati seekor anak ular senduk berada di bawah kanak-kanak di ruang tamu. Tindakan segera anggota bomba memastikan keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sabarodzi berkata anggota telah menggunakan penyepit ular untuk menangkap ular senduk tersebut dan berjaya ditangkap serta dibawa ke lokasi yang sesuai dan dilepaskan," katanya.

Terdahulu tular di laman sosial video berdurasi 19 saat memaparkan seekor ular senduk menyusur di bawah badan seorang kanak-kanak lelaki yang sedang berbaring di ruang tamu.

Video tersebut telah ditonton 4.3 juta pengguna dan menimbulkan kegusaran dan persoalan dalam kalangan netizen.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED