Translate

31 July 2023

Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad



Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad

Bernama

Julai 31, 2023
Suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

Wanita ditahan buat laporan palsu elak didenda kerana hilangkan MyKad

Suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu mengelak daripada didenda untuk permohonan kad pengenalan MyKad baharu selepas ia tercicir, seorang wanita sanggup membuat laporan polis kononnya dia disamun.

Bagaimanapun, tindakan wanita berusia 24 tahun itu mengundang padah apabila helahnya dihidu selepas siasatan dibuat ke atasnya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek yang bekerja sendiri itu ditahan di Balai Polis Ampang, di sini 8.50 malam, Jumaat lepas, hari sama laporan palsu berkenaan dibuat.



"Pengadu (suspek) mendakwa telah didatangi suspek menaiki motosikal lalu meragut beg beliau ketika membonceng motosikal bersama teman lelakinya, pada 5 petang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan ujian saringan air kencing adalah negatif dadah.

Menurutnya, suspek ditahan reman empat hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau didenda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, orang ramai diberi amaran agar tidak membuat laporan polis palsu bagi mengelak dikenakan denda oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara dalam proses mendapatkan kad pengenalan baru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 42 secs ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China Failkan Saman Terhadap AS | BEST FBKL' 9 mins ago
A visitor from Atlanta viewed 'Speaker Dewan Rakyat dan Dewan Negara mengadap YDP' 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dua Maut, Tiga Parah Nahas Di Bestari Indah | BEST' 18 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Anwar, keluarga ucap takziah atas pemergian senima' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Macam Tak Percaya Berlaku Di Malaysia | BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '‘Saya ditahan ketika pergi dan balik di KKIA’ - Ah' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rundingan bersemuka tambahan kerusi Parlimen Sabah' 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan ter' 27 mins ago