Translate

30 July 2023

Pengumuman Ahmad Zahid di Terengganu tiada kaitan dengan PRN - PM



Pengumuman Ahmad Zahid di Terengganu tiada kaitan dengan PRN - PM

Bernama

Julai 30, 2023 20:05 MYT
Anwar berkata pengumuman itu telah dibuat sebelum hari penamaan calon semalam. - Gambar Bernama

Pengumuman Ahmad Zahid di Terengganu tiada kaitan dengan PRN - PM

Anwar berkata pengumuman itu telah dibuat sebelum hari penamaan calon semalam. - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung peruntukan kepada golongan belia di Terengganu tiada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), berkata pengumuman itu telah dibuat sebelum hari penamaan calon semalam.

"Ada orang cadang jangan buat pengumuman langsung mengenai peruntukan itu, ini tidak boleh kerana saya adalah Perdana Menteri, perlu jaga negara dan semuanya. Kalau penting, maka kita umum.



"Tetapi saya sudah memberitahu tidak boleh guna jentera negeri dan tidak boleh khusus dijadikan kempen pada PRN ini mulai semalam hingga hari pengundian. Itu adalah keputusan Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita selepas berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pengguna Kebangsaan 2023 di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyelar tindakan Ahmad Zahid mengumumkan peruntukan kepada tiga persatuan belia di Terengganu dengan syarat mengundi calon PH serta Barisan Nasional (BN), yang disifatkan sebagai satu bentuk rasuah menjelang PRN.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, mengumumkan peruntukan terbabit semasa merasmikan Himpunan Belia Lestari Generasi Unggul sempena program Sentuhan Kasih Desa di Bandar Al Muktafi Billah Shah pada 28 Julai lepas.

Ia termasuk peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan RM200,000 kepada Majlis Belia Malaysia Terengganu bagi tujuan pembangunan aktiviti golongan itu di negeri berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Background of Altantuya Murder Case in Malaysia - ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pregnant woman pleads guilty to soliciting clients' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Actress Zarina Zainddun spoke of how the investmen' 1 hr 48 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 2 hrs 33 mins ago
A visitor from Philadelphia viewed 'Ugut Sebar Gambar Bogel Kanak-Kanak, Juruteknik Di' 3 hrs 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 4 hrs 19 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 4 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu Hilux Putih Diminta Serah Diri | BEST FBKL' 5 hrs 25 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis lies in state at the Vatican | BEST F' 5 hrs 34 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 5 hrs 36 mins ago