Translate

22 July 2023

Nama Tengku Zafrul tak disenarai oleh Badan Perhubungan Negeri - Tok Mat



Nama Tengku Zafrul tak disenarai oleh Badan Perhubungan Negeri - Tok Mat

Hasimi Muhamad

Julai 21, 2023
Mohamad berkata, nama-nama calon dikemukakan oleh badan perhubungan negeri masing-masing sebelum disaring oleh pucuk pimpinan parti.

Nama Tengku Zafrul tak disenarai oleh Badan Perhubungan Negeri - Tok Mat

Mohamad berkata, nama-nama calon dikemukakan oleh badan perhubungan negeri masing-masing sebelum disaring oleh pucuk pimpinan parti. - Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR : Badan Perhubungan UMNO Selangor tidak meletakkan nama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam senarai calon yang diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, nama-nama calon dikemukakan oleh badan perhubungan negeri masing-masing sebelum disaring oleh pucuk pimpinan parti.

"Jadi terpulang kepada Badan Perhubungan (negeri) masing-masing untuk menamakan (calon), tapi di sini menyaring dan mana yang sesuai.







"Kita (kepimpinan utama BN) bincang semula dengan Badan Perhubungan dan secara persetujuan bersama kita akan memilih calon terbaik wakili parti," katanya kepada media selepas menghadiri majlis pengumuman calon BN PRN di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Jumaat malam.

Mohamad mengulas demikian bagi menjawab soalan mengenai Tengku Zafrul, yang juga Ketua Bahagian UMNO Kota Raja, yang tidak tersenarai sebagai calon BN.

Sementara itu, ditanya sama ada akan ada tambahan calon baharu, Mohamad berkata: “Wallahualam… Kadang kala watikah tukar, jadi kita tak tahulah.”

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengumumkan senarai nama calon rasmi tidak menyenarai nama Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri.

Nama Tengku Zafrul sebelum ini disebut-sebut antara yang akan dipertaruhkan bagi mewakili BN pada PRN di Selangor.

Sebanyak 12 kerusi dipertandingkan oleh BN bagi DUN Selangor.

Selain itu, BN meletakkan calon di 14 kerusi DUN Kedah:




Peranan saya bukan sebahagian daripada strategi, fokus sokong parti - Tengku Zafrul


Astro Awani

Julai 21, 2023 23:08 MYT

Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan. - Facebook/Tengku Zafrul

Peranan saya bukan sebahagian daripada strategi, fokus sokong parti - Tengku Zafrul

Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan. - Facebook/Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyifatkan ketiadaan nama beliau dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri membawa mesej jelas bahawa beliau bukan sebahagian daripada strategi terbaik parti.

Bagaimanapun, jelas Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu, selaku ahli parti beliau akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding pada 12 Ogos depan.

"Saya serahkan sebarang keputusan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti kita untuk menentukan apa strategi yang terbaik.



"Apabila diputuskan saya tidak bertanding maksudnya jelas pada hemat pucuk pimpinan buat masa ini peranan saya bukan sebahagian daripada strategi tersebut.

"Tetapi sebagai ahli parti saya akan tetap membantu calon-calon Kerajaan Perpaduan yang akan bertanding bukan hanya di Selangor tetapi juga di lima negeri lain yang terlibat dengan PRN ini," katanya kepada Astro AWANI.

Pada Jumaat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika mengumumkan senarai nama calon rasmi memaklumkan sebanyak 12 kerusi dipertandingkan oleh BN bagi DUN Selangor.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan, dan Industri tidak tersenarai sebagai calon BN pada PRN ini.

Selain itu, tambah Zafrul, selaku Ahli MKT dan Ketua UMNO bahagian, beliau hanya mahu melihat dan membantu parti lebih bertapak di Selangor dari segi kerusi DUN dimenangi.

Hal ini katanya bagi membuktikan UMNO tidak semata-mata bergantung harap kepada Pakatan Harapan yang sememangnya kuat di Selangor.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED