Translate

31 July 2023

Pemberian nombor akaun tanpa TAC, kata laluan tiada elemen risiko - Polis



Pemberian nombor akaun tanpa TAC, kata laluan tiada elemen risiko - Polis

Bernama

Julai 31, 2023 21:00 MYT
Bagaimanapun, Ramli berkata pemberian nombor akaun bank dengan TAC atau kata laluan boleh menyebabkan akaun tersebut diakses secara dalam talian. - Gambar fail/Bernama

Pemberian nombor akaun tanpa TAC, kata laluan tiada elemen risiko - Polis

Bagaimanapun, Ramli berkata pemberian nombor akaun bank dengan TAC atau kata laluan boleh menyebabkan akaun tersebut diakses secara dalam talian. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Pemberian nombor akaun bank semata-mata tidak mempunyai elemen risiko yang boleh menyebabkan berlakunya kecurian, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

Bagaimanapun, beliau berkata pemberian nombor akaun bank dengan kod pengesahan transaksi (TAC) atau kata laluan boleh menyebabkan akaun tersebut diakses secara dalam talian.

"Setakat nombor akaun ini tidak boleh buat apa-apa, untuk buat transaksi mengeluarkan duit perlukan prosedur lain yang memerlukan seseorang itu memberikan maklumat lebih daripada nombor akaun.



"Tiada apa-apa elemen risiko di situ tetapi apabila anda memberikan nombor akaun dan kata laluan, tentulah itu satu risiko besar," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai mesej tular melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam yang mendakwa terdapat taktik penipuan dengan bertanyakan nombor akaun bagi memasukkan duit untuk pulang mengundi pada Pilihan Raya Umum.

POLIS-AKAUN 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR

Mesej itu mendakwa ada pihak yang tertipu dengan taktik tersebut sehingga kerugian RM1,900.

Selain itu, Ramli berkata pihak bank juga mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti beberapa soalan atau kata kunci yang hanya diketahui pemilik akaun sebelum melakukan sebarang transaksi.

Menurutnya setakat ini, tiada laporan diterima pihaknya berhubung perkara berkenaan, namun menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam berkongsi maklumat bank kepada orang yang tidak dikenali.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 37 mins ago
A visitor from Cheras viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 39 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Malaysian Chicken Curry Named World's Best Stew | ' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 59 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 3 mins ago