Translate

21 July 2023

Sultan Johor berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2



Sultan Johor berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2

Bernama

Julai 20, 2023 22:02 MYT
Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, setelah berangkat dari hospital, baginda berkenan bersantap di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. - Gambar FB Sultan Ibrahim

Sultan Johor berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, setelah berangkat dari hospital, baginda berkenan bersantap di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. - Gambar FB Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berangkat pulang dari Hospital Pakar Damansara 2 (DSH 2), Kuala Lumpur selepas selamat menjalani pembedahan di bahu kanan akibat kecederaan lama, Selasa lepas.

Menurut hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, setelah berangkat dari hospital, baginda berkenan bersantap di sebuah pusat beli-belah di ibu negara.

Sebelum berangkat pulang ke Johor, Sultan Ibrahim akan menjalani rawatan susulan selama beberapa hari, menurut hantaran itu.



"Saya sepatutnya direhatkan seketika di ICU (unit rawatan rapi) setelah pembedahan, namun alhamdulillah, saya rasa cukup elok untuk terus ke wad biasa.

"Saya jalan sendiri dari dewan bedah ke wad saya. Doktor pun terkejut. Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa orang ramai dan Bangsa Johor, saya selamat melalui rawatan ini dan berharap dapat sambung kerja saya," titah baginda menerusi hantaran berkenaan.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pakar perubatan yang memberi rawatan serta seluruh warga DSH 2 yang telah memberi perkhidmatan baik.

"Saya ucapkan terima kasih kepada semua doktor, jururawat serta kakitangan yang telah merawat dan membantu saya. Baru beberapa hari di sini, tetapi keikhlasan mereka semua membuat saya rasa terharu, seperti ada keluarga baru di sini," titah baginda.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED