Translate

21 June 2023

SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker



SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker

Bernama

Jun 21, 2023 14:40 MYT




Rabu lepas, Ahmad memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. - Gambar fail

SPR sudah maklum pembubaran DUN Kelantan esok - Speaker

Rabu lepas, Ahmad memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. - Gambar fail

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah dimaklumkan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan esok, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.

Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Ya'kub berkata pihaknya sudah menghantar surat pemakluman tersebut, minggu lepas.

"Surat pemakluman mengenai pembubaran DUN Kelantan esok (22 Jun) telah dihantar ke SPR pada 14 Jun," katanya kepada Bernama hari ini.




Rabu lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memaklumkan DUN Kelantan yang mempunyai 45 kerusi akan dibubarkan esok selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V.

PAS menguasai DUN Kelantan dengan 37 kerusi, Barisan Nasional (tujuh) dan Bersatu (satu).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED