Translate

14 June 2023

Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun



Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun

Bernama

Jun 14, 2023


Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya. - Foto Sinar Harian




Konsert solo pertama Faizal Tahir selepas 17 tahun

Konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya. - Foto Sinar Harian

PETALING JAYA: Selepas 17 tahun bergelar anak seni, penyanyi dan komposer terkenal tanah air, Faizal Tahir bakal muncul dengan konsert solo pertamanya, 'Aku Faizal Tahir: Live In Kuala Lumpur' di Pusat Dagangan Dunia, di sini, pada 2 Sept depan.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 45, berkata konsert itu adalah sebagai tanda penghargaan buat peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya, selepas 17 tahun berada dalam industri.

"Saya rasa ini adalah masa yang terbaik, setelah sekian lama dipujuk oleh pihak pengurusan untuk membuat konsert solo. Saya rasa ini tanda yang orang masih nak dengar saya menyanyi.



"Lagipun, ketika saya mempromosikan lagu terutamanya di media sosial, terlalu banyak komen daripada peminat yang meminta saya untuk membuat konsert solo. Pihak pengurusan kumpulkan semua komen itu dan tunjukkan kepada saya," katanya dalam sidang media mengenai konsert berkenaan, di sini, pada Selasa.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini berkata konsert itu bakal menampilkan beberapa segmen menarik yang menunjukkan revolusi perjalanan kembara seninya selama 17 tahun.

"Konsert ini bukanlah bersifat hiburan semata-mata sebaliknya saya mahu menyampaikan sesuatu yang baik dan positif tentang kehidupan, terutamanya pengalaman sendiri dalam menempuh cabaran dalam industri.

"Saya nak orang pulang dengan rasa mendapat sesuatu yang bermanfaat untuk diri masing-masing dan bukan hanya sekadar untuk berhibur," katanya.

Lebih istimewa, dalam konsert itu, naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million itu juga akan merakamkan semula lagu popularnya, Sampai Syurga, sebagai tanda terima kasih kepada semua pihak yang mendukung perjalanan kariernya selama ini.

"Saya juga akan mempersembahkan 23 lagu termasuk lagu-lagu medley daripada lima album seperti Mahakarya Cinta, Bencinta, Assalamualaikum dan Ragaman," katanya yang berjanji akan memberikan persembahan terbaik.

Peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga RM488, RM588 dan RM688 di laman sesawang di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline di 01151003111 (WhatsApp sahaja).

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED