Translate

27 September 2024

Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS



Ringgit diniaga kukuh pada paras 4.1235 berbanding dolar AS

Bernama

27/09/2024


Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat pada awal urus niaga Jumaat selepas mengalami pembetulan teknikal semalam. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat selepas mengalami pembetulan teknikal semalam, kata penganalisis.

Pada 8.03 pagi ini, mata wang tempatan itu diniagakan lebih mengukuh pada paras 4.1235/1320 berbanding 4.1430/1485 pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pembetulan teknikal ringgit semalam disebabkan oleh aktiviti belian berlebihan yang menyebabkan segelintir peniaga mendapatkan keuntungan.

"Namun, persepsi pengurangan kadar faedah di Amerika Syarikat (AS) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka (FOMC) negara maju itu pada November dan Disember, masih lagi ketara.

"Sehubungan itu, pengumuman mengenai inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS malam ini akan dipantau rapat oleh kalangan komuniti pelabur," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, paras sokongan segera untuk ringgit adalah di paras RM4.0728, malah beliau yakin mata wang tempatan itu cenderung ke paras berkenaan berikutan Kadar Dasar Semalaman (OPR) mungkin kekal bagi tempoh berbaki tahun ini dan dinaikkan pada 2025.

"Ini hanya menjadikan ringgit dilihat menarik terutama selepas bank pusat di rantau Asia yang telah memulakan langkah pelonggaran monetari seperti Indonesia dan Filipina," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan mengukuh berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8442/8504 daripada 2.8634/8674 semalam, mengukuh berbanding euro kepada 4.6084/6179 daripada 4.6157/6218 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.5284/5398 daripada 5.5317/5391.

Berbanding mata wang ASEAN, ringgit juga diniagakan secara positif.

Ini termasuk meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2109/2181 daripada 3.2204/2249 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.36/7.39 daripada 7.40/7.41.

Ringgit juga naik berbanding rupiah Indonesia kepada 271.8/272.6 berbanding 273.1/273.6 dan meningkat kepada 12.7229/7570 daripada 12.7242/7489 berbanding baht Thailand, semalam. - BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Selangor viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Lapan individu termasuk Bella mengaku salah ugut b' 6 mins ago
A visitor from Miami viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 24 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 32 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 32 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Snipers, drones & NATO jets deployed for Pope’s fu' 33 mins ago