Translate

25 September 2024

Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025 - PM Anwar



Keprihatinan, kebajikan terhadap masyarakat India diteruskan dalam Belanjawan 2025 - PM Anwar

Bernama

24/09/2024



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pertemuan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan media masyarakat India hari ini. - Fot Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap masyarakat India akan diteruskan menerusi Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt depan bagi melaksanakan beberapa program khusus seperti sebelum ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak pernah meminggirkan kebajikan golongan itu, malah sentiasa menambah baik semua aspek penting termasuk pendidikan, penyediaan rumah ibadat dan peluang pekerjaan.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak RM1.5 juta telah disalur untuk bakul makanan sempena perayaan Deepavali manakala RM20 juta bagi pembinaan tempat pembakaran mayat atau krematorium di beberapa negeri melibatkan Kedah, Johor, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

"Sebelum ini juga kerajaan telah menyalurkan peruntukan kepada Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) selain menambah beberapa dana seperti bantuan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia untuk masyarakat India," katanya dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata beliau telah menyampaikan amanat mengenai usaha kerajaan terhadap masyarakat India itu sewaktu pertemuan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan media masyarakat India hari ini serta mengingatkan hadirin kepentingan mengekalkan keharmonian antara semua kaum.

"Semoga taraf sosioekonomi masyarakat India di negara ini dapat terus dipertingkatkan pada masa hadapan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 4 hrs 43 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 4 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 5 hrs 2 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 6 hrs 30 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 7 hrs 21 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Malaysia urges citizens to leave South Sudan as se' 7 hrs 40 mins ago