Translate

24 September 2024

Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan



Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan

Amirul Aiman

24/09/2024



Mohd Khairuddin (gambar) dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada 1 Mac 2024, menggantikan Mohammad Agus yang meletak jawatan pada November 2023. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang dipegang oleh Dr Mohd Khairuddin Othman telah ditamatkan hanya selepas enam bulan dilantik.

Mohd Khairuddin, yang juga Setiausaha PKR Selangor, mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Namun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai sebab penamatan ataupun tarikh rasmi penamatan jawatannya.

Beliau turut mencadangkan agar pihak media merujuk kepada Kementerian Komunikasi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

"Ya, betul. Saya sudah tidak lagi menjadi Ketua Pengarah J-KOM.


“Sebaiknya rujuk kepada menteri," ujarnya.

Khairuddin dilantik ke jawatan tersebut pada 1 Mac, menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November tahun lalu atas sebab menerima tawaran kerja baharu.

Tags: J-KOM, Mohd Khairuddin Othman, Kementerian Komunikasi, penamatan jawatan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED