Translate

25 September 2024

Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis



Penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas ancam polis

Bernama

25/09/2024



Hussein berkata suspek berusia lewat 30-an itu didapati mempunyai 26 rekod lampau iaitu 17 rekod jenayah dengan 10 daripadanya membabitkan kesalahan pecah rumah atau kedai manakala sembilan rekod berkaitan dadah. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai penjenayah dikehendaki ditembak mati selepas bertindak merempuh kereta dinaiki polis di Kampung Kundang Rawang, Gombak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian kira-kira 1.15 pagi itu, sepasukan polis yang sedang menjalankan risikan bagi mengesan suspek terlibat kes pecah kedai di Damansara, terserempak kereta jenis Nissan Grand Livina dipandu suspek di sebuah jalan sehala.

"Suspek enggan memberhentikan kereta, sebaliknya mengundurkan kenderaan itu dengan laju dan sangat berbahaya lalu merempuh kereta dinaiki polis dan orang awam yang berada di tempat kejadian.

"Polis melepaskan beberapa das tembakan untuk mempertahankan diri dan suspek terkena tembakan itu mengakibatkan kereta dipandunya terbabas serta suspek disahkan maut di tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Hussein berkata suspek berusia lewat 30-an itu didapati mempunyai 26 rekod lampau iaitu 17 rekod jenayah dengan 10 daripadanya membabitkan kesalahan pecah rumah atau kedai manakala sembilan rekod berkaitan dadah.

Beliau berkata lelaki itu juga didapati pernah dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15 (d) Akta Pencegahan Jenayah 1959.

"Polis merampas sejumlah peralatan disyaki untuk pecah rumah di dalam kereta suspek termasuk tiga parang, pemotong besi, kapak dan kuku kambing manakala kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'KES PENGANIAYAAN ZAYN RAYYAN DAUN PULAI DITEMUI DA' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'AWAS AI Speed Trap Camera's To Begin in June - The' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ada elemen pengabaian oleh ibu bapa Zayn Rayyan - ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ramli Ngah Talib tokoh pentadbiran berpengalaman l' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh | B' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ismail sabri selesai beri keterangan tujuh jam di ' 2 hrs 1 min ago
A visitor from Cheras viewed 'Roger Ng beritahu mahkamah dia kenal Jho Low sejak' 2 hrs 3 mins ago