Translate

25 September 2024

NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan



NUJ bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan halang pelaporan penyiasatan

Pia Ernadya

25/09/2024



NUJ komited untuk mempertahankan kebebasan media dan hak orang awam untuk mendapat maklumat.

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) bimbang keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan kebenaran Clare Rewcastle-Brown, Gerakbudaya Enterprise, dan Vinlin Press Sdn Bhd atas dakwaan memfitnah Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berpotensi menghalang pelaporan penyiasatan terhadap isu-isu berkepentingan awam yang besar.

Menurut Setiausaha Agungnya, Teh Athira, keputusan mahkamah itu menimbulkan persoalan penting mengenai perlindungan kebebasan media dan keupayaan wartawan untuk melaporkan isu-isu kepentingan awam tanpa menghadapi risiko undang-undang yang berlebihan.


"Peranan kritikal Rewcastle-Brown dalam mendedahkan rasuah seperti 1Malaysia Development Berhad (1MBD) tidak seharusnya ditenggelami oleh fokus yang sempit terhadap kes fitnah.


"Kami menyeru pihak berkuasa untuk memastikan Malaysia kekal sebagai persekitaran yang selamat bagi wartawan untuk beroperasi dengan bebas, tanpa rasa takut terhadap akibat undang-undang yang tidak wajar," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, NUJ komited untuk mempertahankan kebebasan media dan hak orang awam untuk mendapat maklumat.

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua pihak yang lain bertanggungjawab kerana memfitnah Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, "The Sarawak Report -The Inside Story of the 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Expose."

Ia selepas panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Nallini Pathmanathan menolak permohonan Rewcastle-Brown dan penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan pencetak Vinlin Press bagi mendapatkan kebenaran untuk merayu keputusan Mahkamah Rayuan itu, yang mendapati mereka bertanggungjawab kerana memfitnah.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED