Translate

25 September 2024

Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus



Mohamed Khaled ucap takziah kepada keluarga Petrus

Bernama

25/09/2024





KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang Koperal Petrus Linggi Liman, 29, yang maut akibat terkena tembakan rambang ketika menjalani Eksesais Pasak Bumi di kawasan am Kanowit-Nanga Dap-Song, Sibu, Sarawak pada Isnin.

"Saya menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan ini dan sama-sama kita doakan agar keluarga mendiang diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan terberat ini," kata Mohamed Khaled dalam catatannya di Facebook.

Pada Isnin, Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataannya mengesahkan anggota daripada formasi 9 Briged di Sibu itu maut selepas terkena tembakan yang tidak pasti pada pukul 2.45 pagi ketika menjalani latihan di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu anggota berkenaan telah diberi rawatan awal di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song pada 4 pagi dan dirujuk ke Hospital Kapit untuk rawatan lanjut pada kira-kira 5 pagi.

Bagaimanapun, anggota terbabit telah disahkan meninggal dunia pukul 7.43 pagi hari yang sama di Hospital Kapit akibat kecederaan yang dialami dan satu laporan polis telah dibuat berkenaan kejadian itu.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 17 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 54 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 58 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 1 hr 2 mins ago